Kebijaksanaan Kesultanan Sulu dalam Mengurustadbir Sumber Ekonomi di Pantai Timur Borneo Utara, 1704 – 1878

Ismail Ali (2014) Kebijaksanaan Kesultanan Sulu dalam Mengurustadbir Sumber Ekonomi di Pantai Timur Borneo Utara, 1704 – 1878. Susurgalur: Jurnal Kajian Sejarah Dan Pendidikan Sejarah, 2 (2). pp. 189-206. ISSN 2302-5808

[img]
Preview
Text
Kebijaksanaan Kesultanan Sulu dalam Mengurustadbir Sumber Ekonomi di Pantai Timur Borneo Utara, 1704 – 1878.pdf

Download (132kB) | Preview

Abstract

IKHTISAR: Sejarah pemerintahan Kesultanan Sulu di Kalimantan Utara (Borneo Utara) bermula apabila Sultan Brunei menyerahkan sebahagian daripada jajahannya, dari Kimanis hingga selatan Sungai Sibucu, kepada Sultan Sulu pada tahun 1704. Sememangnya, pada abad ke-17 lagi telah memperlihatkan kemunculan Sulu yang berpusat di Jolo, sebagai sebuah kerajaan maritim yang cukup berpengaruh dalam menguasai hal-ehwal kelautan, terutamanya di Laut Sulu dan juga di Laut Sulawesi dan Laut Cina Selatan. Kesultanan Sulu melalui para pembesarnya telah berusaha meluaskan pengaruh “ketuanan” Sulu di Kepulauan Melayu, terutamanya di pantai timur Borneo Utara yang bukannya semata-mata untuk meluaskan pengaruh politiknya, tetapi yang lebih penting lagi mendapatkan sebanyak mungkin sumber-sumber hutan dan maritim, termasuk hamba yang boleh diperdagangkan kepada para pedagang tempatan dan antarabangsa di pelabuhan Jolo. Makalah ini mengkaji kebijaksanaan, sistem, dan struktur pentadbiran Kesultanan Sulu dalam membangunkan ekonomi di pantai timur Borneo Utara, sebelum ianya diruntuhkan oleh BNBCC (British North Borneo Chartered Company) pada tahun 1878.

Item Type: Article
Keyword: Sulu Sultanate, North Borneo, ecomony and region, maritime government, and Malay ruler impact.
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 11 Jun 2019 14:11
Last Modified: 11 Jun 2019 14:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22169

Actions (login required)

View Item View Item