Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai

Saidatul Nornis Hj. Mahali and Mohd. Rasdi Saamah (2013) Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai. Journal of Language Studies, 13 (1). pp. 83-98. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
Text
Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai.pdf

Download (37kB) | Preview

Abstract

Sebagai suku kaum yang menghuni hutan sebagai lokasi utama kediaman maka, suku kaum semai merupakan pengamat alam yang sangat baik. Mereka menggunakan alam persekitaran sebagai bahan terbaik untuk menyatakan rasa, kehendak dan dijadikan sebagai perbandingan dengan sifat atau perlakuan manusia. Khazanah hutan yang kaya ini menyebabkan kiasan bahasa milik suku kaum Semai merujuk kepada sifat haiwan sebagai bahan persamaan dan perbandingan dengan sifat manusia. Tujuan makalah ini ialah untuk meneliti unsur haiwan yang terdapat dalam peribahasa suku kaum Semai. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang responden dan ulasannya dibuat berlandaskan penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yang dikemukakan oleh Hymes (1972) dengan memberi fokus kepada empat perkara pokok, iaitu huraian situasi, pemakaian, struktur dan fungsi aktiviti sesuatu pertuturan tersebut. Didapati bahawa peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Semai banyak berunsurkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua unsur haiwan dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan suku kaum ini, sebagai salah satu kaedah untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Peribahasa suku kaum ini juga mampu memperlihatkan betapa orang-orang Semai adalah pemerhati yang baik kerana mampu menggabungjalinkan antara alam dengan kehidupan sebenar manusia. Pemasukan unsur haiwan ke dalam peribahasa memperlihatkan bahawa terdapat sesetengah sifat haiwan yang mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan sebaliknya. Pemasukan sedemikian secara tidak langsung menunjukkan bahawa nilai dan norma kehidupan suku kaum Semai bermula dan diasaskan kepada alam sekitaran sebagai guru terbaik dalam kehidupan mereka.

Item Type: Article
Keyword: proverbs, the tribe of the Semaiites, Semai language, animal elements, culture
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
?? PN0441 ??
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jun 2019 07:44
Last Modified: 13 Jun 2019 07:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22221

Actions (login required)

View Item View Item