Perkembangan perkhidmatan awam di Sabah, 1963-2000

Sharifah Darmia Sharif Adam (2014) Perkembangan perkhidmatan awam di Sabah, 1963-2000. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perkembangan perkhidmatan awam di Sabah.pdf

Download (57kB) | Preview

Abstract

Kertas Kerja ini akan membincangkan tentang perkembangan Perkhidmatan Awam di Sabah selepas negeri tersebut mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963 sehingga tahun 2000. Perbincangan akan difokuskan terhadap pcrubahan-perubahan yang bcrlaku dalam Perkhidmatan Awam di Sabah khususnya selepas orang tempatan mengambil alih pcntadbiran negeri itu daripada penjajah British. Menyedari situasi negeri yang baru merdeka dengan dominasi pegawai-pegawai British khususnya dalam jawatan tinggi pentadbiran kerajaan menyebabkan kerajaan pada peringkat awal kemerdekaan mcmberi tumpuan terhadap usaha untuk menyusun dan menstrukturkan Perkhidmatan Awam supaya dapat menjalankan pentadbiran dengan baik. Oalam masa yang sarna, kerajaan turut melaksanakan dasar pengambilan bumiputcra Sabah atau Sabahnisasi dalam Perkhidmatan Awam Sabah supaya lebih ramai orang tempatan dapat dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan A warn di negeri tersebut seterusnya menggantikan pegawai-pegawai British. Selain itu, perbincangan turut difokuskan terhadap usaha kerajaan dalam penyediaan latihan yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai persediaan bagi kakitangan awam tempatan untuk menggalas tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan tetapi juga untuk meningkatkan kelayakan mereka dari segi akademik. Oi samping itu, kerajaan turut memberi tumpuan terhadap penambahbaikan sistem gaji dan saraan yang dilaksanakan melalui semakan gaji yang telah dibuat beberapa kali dalam tempoh 30 tahun. Hasilnya, Perkhidmatan Awam di Sabah berkembang maju menjadi jentera pentadbiran yang bukan sahaja mempunyai mutu perkhidmatan bcrkualiti tinggi dan kelas satu tctapi juga telah berjaya mclahirkan anggota pentadbir yang professional serta cckap dalam mentadbir negeri Sabah.

Item Type: Research Report
Keyword: Public services , Sabah , history
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
?? HD28 ??
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 24 Jul 2019 14:25
Last Modified: 24 Jul 2019 14:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22943

Actions (login required)

View Item View Item