Kajian Enamel gigi manusia menggunakan teknik Xrd dan Spektroskopi

Fauziah Abdul Aziz (2009) Kajian Enamel gigi manusia menggunakan teknik Xrd dan Spektroskopi. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian Enamel gigi manusia menggunakan teknik Xrd dan Spektroskopi.pdf

Download (79kB) | Preview
[img] Text
Kajian Enamel gigi manusia menggunakan teknik Xrd dan Spektroskopi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian telah mcndapat hasiI analisis yang telah diperolehi daripada sampel enamel gigi dengan menggunakan Difraktometer Sinar-X (XRD), Spektrometer Inframerah Penjelmaan Fourier (FTIR), Spektrometer FT-Raman, dan Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM). XRD telah digunakan untuk mendapatkan data belauan untuk beberapa keadaan enamel gigi iaitu enamel normal, enamel rosak dan enamel yang rosak teruk. Data belauan tersebut kemudiannya telah dianalisis pengindeksian serbuknya dengan menggunakan perisian komputer CRYS 9.11. Dalam kajian ini, sampel enamel gigi telah dikaji menggunakan pembelauan sinar-x. Difraktogram enamel gigi manusia ini dibandingkan dengan pengkalan data XRD dan menunjukkan persamaan dengan mineral apatit 01-089-6444 (Wilson et al., 1999) yang mempunyai sistem hablur heksagonal, kumpulan ruang P63/m dan isipadu sel 532.97A3 • Spektra enamel gigi yang normal, enamel gigi yang rosak dan enamel gigi yang rosak ~ 3· ~ teruk menunjukkan getaran kumpulan v\P04 , getaran V3P04 ' getaran V4P04 ' karbonat jenis B dan karbonat jenis A. Analisis telah menunjukkan bahawa bahagian 3- ja1ur gelombang PO 4 menunjukkan terdapat perbezaan pada jalur gelombang, di mana enamel gigi yang normal mempunyai nilai jalur gelombang yang lebih rendah jika dibandingkan dengan enamel rosak dan enamel yang rosak teruk. Perbezaan ini dapat dijadikan scbagai penunjuk atau sebagai kayu pengukur pada enamel gigi yang sedang mengalami proses demineralisasi (perubahan karies). Kandungan C03 2 juga telah dibandingkan secara nisbah relatif dengan pot untuk ketiga-tiga kategori enamel. Apabila dibandingkan secara nisbah relatif, dapat dilihat 2- bahawa kandungan C03 diklasifikasikan rendah dalam enamel gigi rosak teruk, sederhana dalam enamel rosak dan tinggi dalam enamel normal. Kehadiran karbon at pada enamel normal mungkin disebabkan mineral telah terlarut dan termendak dengan kurangnya karbonat atau pecahan mineral yang mengandungi karbonat Icbih mudah terlarut (Wilson et al., 1999).

Item Type: Research Report
Keyword: Tooth enamel , x-ray diffraction
Subjects: R Medicine > RK Dentistry
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Sep 2019 08:27
Last Modified: 30 Sep 2020 11:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23049

Actions (login required)

View Item View Item