Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan sawit di kalangan para peneroka di Gugusan Panching, daerah Kuantan,Pahang

Zulaikha Kharif (2012) Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan sawit di kalangan para peneroka di Gugusan Panching, daerah Kuantan,Pahang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Keutamaan dan kekangan dalam pengurusan sawit di kalangan para peneroka di Gugusan Panching, daerah Kuantan,Pahang.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di sebuah gugusan Felda iaitu Gugusan Panching yang terdiri daripada tiga buah Felda iaitu Felda Panching Timur, Felda Panching Selatan dan Felda Panching Utara yang terletak di Daerah Kuantan, Pahang Seramai 30 orang responden dari setiap Felda di Gugusan Panching telah dipilih secara rawak iaitu ketua isi rumah (jumlah responden 90 orang). Lokasi kajian ini dipilih bagi memenuhi objektif utama kajian ini dijalankan iaitu mengetahui dan mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi kekangan dan keutamaan para peneroka di kawasan tersebut dalam pengurusan kelapa sawit serta mengenalpasti dan membandingkan hubungkait antara maklumat latar belakang peneroka Sawit di ketiga-tiga Felda dengan keutamaan dan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh mereka dalam pengurusan sawit. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas. Pengumpulan data telah dijalankan dengan mengedarkan borang selidik kepada peneroka yang dipilih secara rawak dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan statistic inferensi iaitu ujian kolerasi Spearman's rank dan Kendall's tau. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam pengurusan tanaman sawit yang berkesan, kekangan utama yang dihadapi oleh peneroka ialah kekurangan tenaga buruh manakala keutamaan yang diperlukan adalah akses terhadap benih sawit yang berkualiti. Dari segi hubungan, analisis menunjukkan tiada hubungan bererti antara latarbelakang demografi peneroka dengan perspeksi mereka terhadap kekangan­kekangan yang dihadapi dan keutamaan-keutamaan yang sangat diperlukan dalam melaksanakan penanaman sawit.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Agriculture , Felda land , oil palm
Subjects: Q Science > QE Geology
S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 05 Nov 2019 08:52
Last Modified: 05 Nov 2019 08:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23052

Actions (login required)

View Item View Item