Hubungan sumber tekanan, strategi daya tindak yang berkesan dan kesejahteraan psikologi di kalangan pekerja kecemasan yang pelbagai etnik: ke arah pembinaan teori kesejahteraan psikologisejarah

Mohd. Dahlan Hj. A. Malek and Beddu Salam Baco and Mohamad Azhar Mohammad Nor and Ida Shafinaz Mohd. Kamil (2007) Hubungan sumber tekanan, strategi daya tindak yang berkesan dan kesejahteraan psikologi di kalangan pekerja kecemasan yang pelbagai etnik: ke arah pembinaan teori kesejahteraan psikologisejarah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Hubungan sumber tekanan.pdf

Download (120kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sumber-sumber tekanan dan strategi daya tindak dalam menangani tekanan di kalangan pekerja kecemasan di Sabah. Seramai 348 orang pekerja kecemasan yang terdiri daripada anggota bomba (102 orang), polis (96 orang) dan tentera (150 orang) telah terlibat dalam kajian. Satu set soal selidik untuk mengukur sumber tekanan iaitu Sources of Occupational Stress (SOOS), strategi daya tindak iaitu Coping Oriented to Problem Experienced (COPE) dan mengukur tahap tekanan iaitu The Psychological Health Questionnaire telah digunakan. Hasil kajian mendapati sumber tekanan berhubungan positif secara signifikan dengan tekanan yang dialami. Hasil anal isis regresi linear menunjukkan bahawa sumber tekanan yang berpengaruh ke atas kesejahteraan psikologi bagi anggota bomba adalah insiden lepas yang kritikal. Sumber tekanan bagi anggota polis pula adalah kurang mendapat rehat dan standard peralatan yang rendah, manakala sumber tekanan bagi tentera adalah kurang sokongan daripada keluarga rakan sekerja organisasi. Kajian ini juga mendapati bahawa hubungan di antara sumber tekanan dengan strategi daya tindak adalah berhubungan positif secara signifikan. Hubungan di antara sumber tekanan dengan kesejahteraan psikologi juga menunjukkan hubungan positif yang signifikan. Hasil analisis menggunakan ANOVA Sehala Sampel Bebas didapati bahawa hanya terdapat dua sumber tekanan yang berbeza secara signifikan iaitu kurang mendapat rehat dan konflik dengan orang lain, manakala sumber-sumber tekanan lain tidak berbeza secara signifikan mengikut tempoh perkhidmatan pekerja kecemasan Dapatan kajian juga menunjukkan strategi daya tindak menangani tekanan yang sering digunakan adalah bersifat mengelak seperti "denial". "planning", "focusing and venting emotion". dan "suppression on competing activities", manakala strategi daya tindak yang bersifat positif tidak berhubungan secara signifikan dengan tekanan yang dialami. Dapatan kajian ini memberi beberapa implikasi dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia bagi pekerja kecemasan.

Item Type: Research Report
Keyword: Stress , Sabah , Problem Oriented Coping Experienced (COPE)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 01 Aug 2019 16:24
Last Modified: 01 Aug 2019 16:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23213

Actions (login required)

View Item View Item