Asas pembinaan model ekonometrik dan unjuran industri koko di Malaysia

Remali Yusoff (2000) Asas pembinaan model ekonometrik dan unjuran industri koko di Malaysia. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Asas pembinaan model ekonometrik dan unjuran industri koko di Malaysia.pdf

Download (66kB) | Preview
[img] Text
Asas pembinaan model ekonometrik dan unjuran industri koko di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi penawaran dan permintaan biji koko di Malaysia. Justeru itu, proses pembinaan model ekonometrik industri koko Malaysia telah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1973-1992 dan data unjuran bagi tempoh tahun 1993 hingga tahun 2000. Struktur model berkenaan mengandungi empat persamaan gelagat dan satu persamaan identiti. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini dibentuk bertujuan untuk menganalisis dan membuat unjuran terhadap keluasan kawasan matang, pengeluaran, permintaan dalam negeri dan permintaan luar negeri. Daripada hasil kajian menunjukkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi keluasan kawasan matang adalah harga biji koko kering tempatan, harga kelapa kering, kos buruh dan kadar faedah pinjaman untuk sektor pertanian. Pengeluaran dipengaruhi oleh keluasan kawasan matang, bilangan buruh, kuantiti baja dan teknologi. Permintaan dalam negeri dipengaruhi oleh harga biji koko kering tempatan, harga minyak kelapa sawit tempatan, harga minuman koko tempatan (Milo) dan permintaan dalam negeri tertangguh satu tahun. Sedangkan permintaan luar negeri dipengaruhi oleh kadar pertukaran diantara ringgit Malaysia dengan dollar Amerika Syarikat (US$), pengisaran koko dunia dan permintaan luar negeri tertangguh satu tahun. Implikasi daripada kajian simulasi unjuran didapati keluasan kawasan matang, pengeluaran dan permintaan luar negeri terhadap biji koko semakin menurun, selepas tahun 1992 hingga ke tahun 2000. Permintaan biji koko dalam negeri sahaja yang menunjukkan arah aliran yang semakin meningkat selepas tahun 1992 hingga tahun 2000.

Item Type: Research Report
Keyword: Cocoa , Malaysia , Agriculture
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2019 14:16
Last Modified: 25 Jan 2024 16:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23421

Actions (login required)

View Item View Item