Baba Musta (1998) Penilaian terhadap pencemaran tanah di kawasan penanaman sayur-sayuaran tanah tinggi, di kawasan Kundasang Sabah. (Unpublished)
|
Text
Penilaian terhadap pencemaran tanah di kawasan penanaman sayur-sayuaran tanah tinggi.pdf Download (70kB) | Preview |
|
Text
Penilaian terhadap pencemaran tanah di kawasan penanaman sayur-sayuaran tanah tinggi.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Sampel-sampel tanah dari tiga batuan induk yang berbeza di Kundasang Sabah telah dianalisis untuk menentukan kandungan logam-Iogam berat (As, Co, Cr, Cu, Mn, Pb, V dan Zn) menggunakan teknik Pendarffour Sinar-X (XRF). HasiJ analisis menunjukkan bahawa kepekatan purata logam-Iogam berat seperti Zn, V, Mn dan Cr tinggi dalam ketiga-tiga jenis tanah berbanding dengan paras kepekatan yang selamat. Kepekatan purata bagi Zn ialah 85ppm, 88ppm dan 137ppm masing-masing dari tanah Formasi Trusmadi, tanah Formasi Crocker dan tanah dari Gravel Pinousuk. Kepekatan purata bagi V pula ialah 109ppm, 126ppm dan 123ppm masing-masing dari tanah Formasi Trusmadi, tanah Formasi Crocker dan tanah dari Gravel Pinousuk. MnO menunjukkan kepekatan yang tertinggi iaitu 7000ppm, 5000ppm dan 7000ppm masing-masing dari tanah Formasi Trusmadi, tanah Formasi Crocker dan tanah dari Gravel Pinousuk. Kepekatan bagi dari tanah tanah Formasi Trusmadi, tanah Formasi Crocker dan tanah dari Gravel Pinousuk pula masing-masing 113ppm, 137ppm dan 129ppm. Kepekatan Cu (62ppm) pula lebih tinggi berbanding dengan paras merbahaya dalam tanah Gravel Pinousuk sahaja, manakala dalam Formasi Trusmadi (40ppm) dan Formasi Crocker (39ppm) pula kepekatan logam berat berada dalam keadaan normal. As, Co, Ni dan Pb dalam tanah berada dalam paras yang normal yang dianggap selamat di ketiga-tiga formasi. Kajian korelasi yang jelas antara logam berat dengan bahan organik, mineral sekunder (A120 3 dan Fe20JJ, pH dan MnO tanah menunjukkan ketiga-tiga 'aidor diatas mengawal kepekatan dan perlakuan logam-Iogam berat. Korelasi logam berat dengan peratus saiz butiran tanah menunjukkan saiz lempung mengawal logam berat tersebut (As, Cr, Ni dan Pb), manakala sebaliknya bagi saiz pasiran. Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa punca-punca logam berat dalam tanah adalah tinggi dalam tanah yang berasal daripada Gravel Pinousuk. Manakala tanah yang asalannya dari Formasi Crocker dan Formasi Trusmadi agak rendah walaupun ada juga unsur tertentu yang tinggi. Walau bagaimanapun kepekatan yang tinggi da/am tanal; tersebut adalah jumlah keseluruhan logam beraLter:sebut dan tidak menggambarkan jumlah yang akan diambil oleh tumbuh-tumbuhan. Jadi untuk mempastikan jumlah yang diambil oleh tumbuhan maka kajian lanjut dalam sampel tumbuhan perlu dijalankan.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Kundasang , Sabah , rock , metal |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 02 Oct 2019 07:43 |
Last Modified: | 30 Sep 2020 10:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23679 |
Actions (login required)
View Item |