Kajian ketoksikan acetamiprid terhadap mortaliti lalat putih dewasa (Bemisia Tabaci), perosak jambu batu

Anis Shahira Zulkifli (2017) Kajian ketoksikan acetamiprid terhadap mortaliti lalat putih dewasa (Bemisia Tabaci), perosak jambu batu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian ketoksikan acetamiprid terhadap mortaliti lalat putih dewasa.pdf

Download (855kB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di makmal khas entomologi Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji ketoksikan racun serangga kimia ke atas serangga perosak. Ketoksikan racun serangga dengan bahan aktif Acetamiprid telah diuji ke atas lalat putih (Bemisia tabaci) dewasa yang disampel dari dua jenis kebun yang berbeza iaitu kebun yang tidak diracun (Kebun 1) dan kebun (Kebun 2) yang diracun. Objektif kajian adalah untuk menentukan ketoksikan racun yang mengandungi bahan aktif Acetamiprid serta mendapatkan 'Lethal dose 50' dan 'Lethal dose 90'. Reka bentuk eksperimen adalah rekabentuk rawak lengkap. Racun serangga telah dicairkan menggunakan kaedah pencairan berganda. Tga dos kepekatan dan satu dos kawalan yang telah dikenakan ke atas sampel. Untuk setiap dos, tiga replikasi dibuat dan setiap replikasi melibatkan lima ekor lalat putih. Parameter untuk eksperimen ini adalah kadar kematian lalat putih. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan bererti bagi ketoksikan racun serangga dengan bahan aktif Acetamiprid diantara dua buah kebun terhadap kadar mortaliti lalat putih dewasa. Semua data dianalisis menggunakan analisis PROBIT dan perisian POLO PLUS ©. Hasil kajian menunjukkan Kebun 1 dan 2 mempunyai kadar kumulatif mortaliti individu paling tinggi pada kepekatan racun 30000 ng/g. Kadar ketoksikan Acetamiprid L050/l.Dgo terhadap mortaliti B. tabacidi Kebun 1 lebih tinggi berbanding Kebun 2. Status kerintangan lalat putih clewasa di Kebun 1 berada pada tahap kerintangan rendah (5.1-10.0) manakala lalat putih dewasa di Kebun 2 berada pada tahap kerintangan sederhana (10.1-40.0).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chemical pesticides , pest , guave
Subjects: Q Science > QK Botany
S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 31 Oct 2019 15:46
Last Modified: 31 Oct 2019 15:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23921

Actions (login required)

View Item View Item