Kualiti pertumbuhan cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor-Caju) pada substrat daun petai belalang (Leucaena Luecocephala)

Wan Yusanani Wan Badarudin (2016) Kualiti pertumbuhan cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor-Caju) pada substrat daun petai belalang (Leucaena Luecocephala). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kualiti pertumbuhan cendawan tiram kelabu.pdf

Download (897kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Satu kajian dijalankan di Rumah Cendawan Fakulti Pertanian Lestari di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan, untuk mengkaji kualiti pertumbuhan cendawan tiram kelabu ( Pleurotus sajor­cajLl) pada substrat daun petai belalang ( Leucaena luecocephala). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesesuaian habuk daun petai belalang (L.leucocephala) sebagai substrat dalam penanaman cendawan tiram kelabu (P. sajor-caju) berbanding dengan habuk kayu. Setiap rawatan mempunyai dua replikasi. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah rekabentuk rawak lengkap (CRD). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ANOVA sehala. Keputusan kualiti pertumbuhan cendawan menunjukkan penggunaan habuk daun petai belalang sebagai substrat tanaman cendawan adalah tidak sesuai. Bagi rawaran Tl (kawalan) masa yang diambil untuk miselium memenuhi beg substrat adalah paling cepat manakala bagi rawatan T6 mengambil masa yang paling lama untuk miselium memenuhi beg substrat yang seberat 500 gram dan setinggl 16.5 sentimeter masing-masing. Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan bererti antara kesesuaian habuk daun petai belalang (L.leucocepha/a) sebagai substrat dalam penanaman tiram kelabu (P. sajor-cajLl) dengan habuk kayu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mushroom , sawdust , agriculture
Subjects: Q Science > QK Botany
S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 31 Oct 2019 15:47
Last Modified: 31 Oct 2019 15:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23926

Actions (login required)

View Item View Item