Kesan ketoksikan Bacillus Thuringiensis Subsp Kurstaki terhadap Mortaliti Larva kumbang badak ( Oryctes Rhinoceros L.) perosak kelapa sawit di Sg.Batang, Sandakan

Darwana Darlis (2017) Kesan ketoksikan Bacillus Thuringiensis Subsp Kurstaki terhadap Mortaliti Larva kumbang badak ( Oryctes Rhinoceros L.) perosak kelapa sawit di Sg.Batang, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan ketoksikan Bacillus Thuringiensis Subsp Kurstaki terhadap Mortaliti Larva kumbang badak.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan ketoksikan insektisid Bacillus thurigiensis subsp kurstaki (Bt kurstak1) antara Ladang Persendirian (Ladang 1) dan Ladang Syarikat Majulah Sdn Bhd (Ladang 2) yang terletak di Sg. Batang, Sandakan terhadap mortaliti larva kumbang badak ( Oryctes rhinoceros L.) perosak kelapa sawit. Kajian ini telah dijalankan di Makmal Entomologi Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan yang terletak di Batu 10 Sungai Batang, Sandakan, Sabah selama 2 bulan (Ogas 2016 hingga Oktober 2016). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan 'Lethal Dose (LDso atau LD90) mengikut masa dan pertambahan dos insektisid serta faktor kerintangan (FRso atau FR90) bagi mortaliti larva Oryctes rhinoceros terhadap insektisid Bt kurstaki. Sebanyak 4 rawatan (ng/g) telah digunakan termasuk dos kawalan (0 ng/g, 6.Sx105 ng/g, 13x105 ng/g, 26x105 ng/g). Setiap rawatan mempunyai 3 replikasi dan disusun menggunakan rekabentuk Completely randomized Design (CRD). Semua data dianalisis dengan menggunakan analisis PROBIT dengan perisian POLO PLUS. Bt kurstaki (mengikut dos kepekatan) disembur ke atas makanan larva kumbang badak dan kadar mortaliti larva kumbang badak telah direkod setiap 24 sehingga jam ke 96. Keputusan kajian mendapatl bahawa terdapat perbezaan bererti pada tahap ketoksikan insektisid Bt kurstaki terhadap mortaliti larva Oryctes rhinoceros di kedua-dua kawasan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar peratusan mortaliti probit selama 96 jam untuk Ladang 1 (93.33%) adalah lebih tinggi berbanding Ladang 2 (40%). Hipotesis 'parallelism' menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti bagi kesan relatif kimia pada bahan aktif Bt kurstaki di Ladang 1 (x2= 0.03, df= 3, p=0.999) dan Ladang 2 (x2= 0.13, df= 3, p= 0.988). Hipotesis 'equality' juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti bagi tindak balas populasi di Ladang 1 (x2= 1.63, df= 6, p=0.951) dan Ladang 2 (x2= 0.75, df= 6, p=0.993). Kedua-dua ujian ini menunjukkan nilai p>0.05. Ujian kerintangan mendapati bahawa Ladang 1 berada dalam status kerintangan sederhana manakala Ladang 2 berada dalam status kerintangan tinggi. Secara kesimpulannya, ujian faktor kerintangan (FR) Ladang 1 dan Ladang 2 memberi kesan terhadap kadar mortaliti larva kumbang badak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pest , oil palm plantation , Sandakan
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 01 Nov 2019 08:16
Last Modified: 01 Nov 2019 08:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23953

Actions (login required)

View Item View Item