Kesan ketoksikan racun organik bawang putih terhadap mortaliti larva kumbang badak (Oryctes Rhinoceros) perosak kelapa sawit di Sg. Batang Sandakan

Dalimah Rumondog (2017) Kesan ketoksikan racun organik bawang putih terhadap mortaliti larva kumbang badak (Oryctes Rhinoceros) perosak kelapa sawit di Sg. Batang Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan ketoksikan racun organik bawang putih terhadap mortaliti larva kumbang badak.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian untuk mengkaji kesan ketoksikan insektisid bawang putih terhadap larva kumbang badak ( Orydes rhinoceros L) perosak kelapa sawit telah dilaksanakan selama 2 bulan (Ogos 2016- Oktober 2016). Kajian ini dijalankan di makmal Fakulti Pertanian Lestari (Makmal Entomologi) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan yang terletak di batu 10 Kg. Sungai Batang, Sandakan, Sabah, yang berada pada latitude 5° SS'N dan 118° 02'E. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan LT so/LT 90, LCso/L{:gu dan FRso/FR90 bawang putih terhadap mortaliti Oryctes rhinoceros L yang disampel dart ladang kelapa sawit kawasan Kg. Sungai Batang Sandakan, Sabah. Faktor yang mempengaruhi kadar mortaliti larva kumbang badak ialah perbezaan kepekatan bawang putih pada 24, 48, 72 dan 96 jam. Bawang putih disembur ke atas larva kumbang badak dan kadar mortaliti kumbang badak telah diambil pada 48, 72 dan 96 jam selepas 24 jam. Sebanyak 4 rawatan digunakan dengan 5 replikasi untuk setiap rawatan dan disusun menggunakan rekabentuk Completely Rendomized Design (CRD). Parameter yang diukur adalah peratus mortaliti kumbang badak. Semua data telah dianalisis dengan menggunakan analisis PROBIT. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan bererti bagi ketoksikan bahan aktif bawang putih terhadap mortaliti Orydes rhinoceros L di kedua-dua ladang (Ladang Persendirian dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd) walaupun nilai dos efektif bagi membunuh 50% populasi larva kumbang badak di kedua-clua ladang yang berbeza (Ladang Persendirian 2000000.00 ng/g dan Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd 2000000.00 ng/g). Kajian selanjutnya perlu dijalankan bagi membuktikan kemungkinan ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Insecticides toxicity , garlic , rhinoceros beetle larvae (Oryctes rhinoceros L.)
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 01 Nov 2019 08:17
Last Modified: 01 Nov 2019 08:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23956

Actions (login required)

View Item View Item