Mengkaji kesan mil isirung buah keras (Aleurites Mo/Lucana (L.) Willd) keatas komposisi asid lemak dalam daging burling puyuh

Arief Izzuddin Azamuddin (2017) Mengkaji kesan mil isirung buah keras (Aleurites Mo/Lucana (L.) Willd) keatas komposisi asid lemak dalam daging burling puyuh. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Mengkaji kesan mil isirung buah keras.pdf

Download (695kB) | Preview

Abstract

Kajian ini akan dijalankan di Ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan, Sandakan, Sabah selama 4 bulan. Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan mil isirung buah keras (Aleurites mollucana (L.) willd.) keatas komposisi asid lemak dalam daging burung puyuh. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah Rekabentuk Rawak Lengkap (CRD). Terdapat empat (4) jenis rawatan iaitu diet puyuh basal sebagai kawalan (Tl), diet puyuh basal + 2.5 g/kg buah keras (0.25%) (T2), diet puyuh basal + 5 g/kg buah keras (0.5%) (T3), diet puyuh basal + 1 g/kg buah keras (1 %) (T4). Pada hari ke 21 umur puyuh, semua burung akan ditimbang secara berasingan dan dibahagikan secara rawak berdasarkan berat badan purata. Burung puyuh yang telah diperuntukkan kepada empat kumpulan rawatan, setiap replika lima kali, yang terdiri daripada 5 burung setiap satu dalam rawak lengkap (CRD). Proses mengekstrak asid lemak dalam daging burung puyuh akan dijalankan pada hari ke empat puluh dua (42)umur puyuh. Jumlah asid lemak omega 6 tinggi dalam rawatan 4 (T4, 1.0% buah keras) dan jumlah asid lemak omega 3 tinggi dalam rawatan 3 (T3, 0.5% buah keras) dalam bahagian peha daging puyuh. Manakala jumlah asid lemak omega 6 tinggi dalam rawatan 4 (T4, 1.0% buah keras) dan jumlah asid lemak omega 3 tinggi dalam rawatan 4 (T3, 0.5% buah keras) dalam bahagian dada daging puyuh. Sahagian dada daging puyuh menunjukkan rawatan 3 (T3, 0.25%,buah keras) mempunyai nisbah terendah dan bahagian peha daging puyuh menunjukkan rawatan 4 (T4, 1.0%,buah keras) mempunyai nisbah terendah. Kesimpulan kajian menunjukkan peningkatan tahap asid lemak omega 3 dalam daging burung puyuh yang mengambil diet mil isirung buah keras. Selain itu, kajian ini juga telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan dalam tumbesaran burung puyuh. Sec.ara tidak langsung objektif kajian terc.apai iaitu, terdapat perbezaan bererti diantara mil isirung buah keras mentah pada aras yang berbeza keatas komposisi asid lemak dalam daging burung puyuh pedaging.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Agriculture , candlenut kernel , meat
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 07 Nov 2019 14:53
Last Modified: 07 Nov 2019 14:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24029

Actions (login required)

View Item View Item