Kajian prevalens masalah kulit pada lembu di pantai timur Sabah

Syafiq Azri Draman (2018) Kajian prevalens masalah kulit pada lembu di pantai timur Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian prevalens masalah kulit pada lembu di pantai timur Sabah.pdf

Download (994kB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di empat buah ladang ternakan lembu untuk mengenalpasti kekerapan masalah kulit pada lembu yang berlaku di Pantai Timur Sabah. Kawasan yang dikaji meluputi daerah Tawau dan Lahad Datu. Ekonomi utama penduduk di kedua-dua daerah ini lebih tertumpu kepada sektor perikanan, pertanian dan juga sektor ternakan. Objektif-objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah kulit pada lembu yang kerap berlaku di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah dan mengenal pasti hubungan antara faktor risiko yang berbeza terhadap masalah kulit pada lembu yang dihadapi di kawasan kajian. Pengumpulan data telah dijalankan dengan menggunakan set borang kaji selidik yang telah disediakan sebelum penyelidik pergi ladang yang telah dipilih. Maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2013. Melalui analisis kajian, dapat dilihat masalah Iuka mempunyai bacaan yang tertinggi dari segi jumlah (ekor) dan peratus (%) berbanding masalah kulit yang lain. Selain itu, hasil keputusan analisis melalui T-test menunjukkan dua faktor telah mempengaruhi masalah kulit pada lembu iaitu jenis baka dan peringkat umur ternakan lembu itu sendiri. Nilai perbandingan antara peratus (%) memberitahu setiap faktor risiko iaitu sistem pengurusan ladang ternakan, pemeriksaan dari pihak veterinar, jenis baka dan peringkat umur memberi kesan kepada masalah kulit pada lembu. Kedua-dua objektif yang ingin dicapai pada pada saat awal kajian ini telah terlaksana dengan jayanya. Pencegahan masalah kulit pada lembu samada pedaging dan tenusu perlu dibendung dari peringkat awal lagi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sabah , cattle farms , cow
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Dec 2019 17:21
Last Modified: 30 Dec 2019 17:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24521

Actions (login required)

View Item View Item