Kesan kaedah semaian ke atas prestasi tumbesaran anak benih padi di sawah

Mohamad Naim Nia'amad (2017) Kesan kaedah semaian ke atas prestasi tumbesaran anak benih padi di sawah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan kaedah semaian ke atas prestasi tumbesaran anak benih padi di sawah.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi melihat kesan kaedah semaian keatas prestasi tumbesaran anak benih padi di sawah. Matlamat kajian ini adalah untuk melihat prestasi tumbesaran anak benih padi di mana akar anak benih tidak diganggu ke atas prestasi tumbesaran anak benih padi di sawah. Selain itu, kaedah pengairan selang seli basah dan kering dijadikan sebagai kaedah pengairan di kawasan kajian bagi melihat kesan keatas pertumbuhan pokok padi. Kajian ini telah dijalankan di plot kawasan sawah padi yang bertempat di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan. Kajian ini mengambil masa selama 4 bulan dengan menggunakan reka bentuk eksperimen 'Completely Randomized Design' (CRD). Kajian telah dijalankan di kawasan sawah padi tanpa mengawal persekitaran dan 4 jenis rawatan telah dijalankan iaitu penggunaan 4 jenis dulang pra-cambah dengan 4 replikasi bagi setiap rawatan. Parameter yang diukur ialah tinggi pokok, bilangan anakan padi, bilangan daun, tempoh masa sebelum berbunga dan bilangan tangkai padi (Panicle). Rawatan dulang semaian pra-cambah cetek menunjukkan prestasi tumbesaran terbaik dari segi bilangan anakan padi di kawasan sawah di samping tempoh sebelum berbunga adalah lebih awal daripada rawatan dulang semaian yang biasa. Rawatan dulang semaian pra-cambah cetek menunjukkan keputusan yang baik dari segi prestasi tumbesaran pokok padi disebabkan penggunaan anak benih semaian tunggal di samping akar anak benih tidak rosak semasa proses pemindahan dilakukan. Jangkamasa sebelum pokok berbunga juga lebih awal daripada rawatan dulang semaian biasa disebabkan akar anak benih tidak rosak semasa proses pemindahan dan menyebabkan pokok padi tidak mengambil masa yang lama untuk berbunga. Penggunaan kaedah pengairan selang seli basah dan kering sebagai salah satu kaedah pengairan di dalam kajian ini tidak menunjukkan kesan ke atas tumbesaran pokok padi. Penggunaan anak benih semaian tunggal di sawah padi amat digalakkan untuk para petani kerana prestasi tumbesaran yang baik dan mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi disamping membantu para petani mengurangkan penggunaan biji benih padi untuk penanaman padi. Para petani juga boleh menggunakan pengairan selang seli basah dan kering sebagai salah satu kaedah pengairan di kawasan sawah bagi menjimatkan penggunaan air tanpa memberikan kesan sampingan keatas prestasi tumbesaran pokok padi di sawah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rice , paddy fields , seediling
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 07 Jan 2020 07:24
Last Modified: 07 Jan 2020 07:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24546

Actions (login required)

View Item View Item