Kesan Biochar tinja ayam terhadap tumbesaran dan perkembangan jagung yang ditanam di tanah geluh berpasir

Karistani Amoi Elebis (2018) Kesan Biochar tinja ayam terhadap tumbesaran dan perkembangan jagung yang ditanam di tanah geluh berpasir. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan Biochar tinja ayam terhadap tumbesaran dan perkembangan jagung yang ditanam di tanah geluh berpasir.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Jagung (Zea mays L.) merupakan sumber makanan yang mempunyai permintaan tinggi di dalam dan luar negara. Jagung memerlukan tanah yang subur dan sesuai untuk memperolehi hasil yang dikehendaki. Biochar merupakan salah satu pindaan tanah yang mempu membantu untuk memperbaiki tanah yang kurang subur dengan membantu mengekalkan kelembapan tanah. Tanah geluh berpasir merupakan tanah jenis loam yang berpasir. Tanah jenis ini tidak dapat memegang sejumlah besar air atau nutrien untuk pertumbuhan tanaman. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan biochar tinja ayam terhadap pertumbuhan dan perkembangan jagung yang ditanam di atas tanah geluh berpasir. Kajian ini telah dijalankan di bawah rumah kalis serangga, Fakulti Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah. Penyelidikan ini telah dijalankan selama 3 bulan menggunakan Reka Bentuk Penuh Rawak (CRD). Jagung tersebut telah ditanam dalam pasu yang berukuran 30cm (diameter) dan empat rawatan telah digunakan dalam eksperimen ini. Rawatan yang telah digunakan ialah 0 tan/ha, 15 tan/ha, 30 tan/ha dan 45 tan/ha. Parameter dalam kajian ini adalah berdasarkan tumbesaran, perkembangan dan analisa tanah. Untuk pertumbuhan jagung, parameter yang diambil ialah ketinggian pokok (cm), bilangan daun ukur lilit batang. Untuk perkembangan jagung, parameter yang diambil ialah masa berbunga. Untuk analisa tanah, parameter yang direkodkan ialah pH tanah, kandungan Nitrogen (N), dan kandungan Karban (C). Setiap data telah dianalisa dengan menggunakan program SAS versi 9.4. Hasil kajian menunjukkan rawatan 2 dengan aplikasi biochar 15 tan/ha prestasi terbaik dalam tumbesaran dan perkembangan jagung manis. Kesimpulannya, rawatan 2 dengan aplikasi biochar 15 tan/ha telah menunjukkan prestasi terbaik dalam tumbesaran dan perkembangan jagung manis. Terdapat perbezaan yang signifikan (P<0.05) pada parameter peratus kandungan nitrogen dan bacaan pH dalam tanah. Kajian lanjutan harus dijalankan untuk mengkaji lebih kesan biochar terhadap variety jagung lain.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Zea mays L., chicken manure biochar , maize planted
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 03 Feb 2020 08:20
Last Modified: 03 Feb 2020 08:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24839

Actions (login required)

View Item View Item