Perolehan kemahiran melalui pengubahsuaian peralatan sukan badminton kepada kanak-kanak

Abdul Mu'iz Nor Azmi (2019) Perolehan kemahiran melalui pengubahsuaian peralatan sukan badminton kepada kanak-kanak. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Perolehan kemahiran melalui pengubahsuaian peralatan sukan badminton kepada kanak-kanak.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perolehan kemahiran melalui kaedah pengubahsuaian peralatan dalam sukan badminton. Kaedah pengubahsuaian peralatan telah dikenali sebagai salah satu kaedah yang efektif untuk membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran. Oleh itu, untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengubahsuaian peralatan dalam sukan badminton ini, seramai 40 orang kanak-kanak berusia antara tujuh hingga sembilan tahun telah menyertai kajian ini. Peserta telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan secara rawak yang dikenali sebagai kumpulan raket piawai dengan gelanggang piawai (RPGP), raket piawai dengan gelanggang diubahsuai (RPGU), raket diubahsuai dengan gelanggang piawai (RUGP) dan raket diubahsuai dengan gelanggang diubahsuai (RUGU). Mereka telah menjalani sesi praktis selama 5 minggu. Ujian ANOVA sehala telah dijalankan bagi menganalisis data bagi parameter peluang pukulan, keberjayaan hasil pukulan dan kepuasan permainan antara kumpulan peserta. Dapatan kajian bagi parameter peluang pukulan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan, F (3, 36) = 5.178, p = 0.004, 112 = 0.301. Keputusan bagi parameter keberjayaan hasil pukulan turut mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan, F (3, 36) = 4.178, p = 0.012, 112 = 0.258. Dapatan ujian ANOVA sehala bagi kepuasan permainan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan, F (3, 36) = 7.953, p = 0.000, 112 = 0.40. Hasil keputusan menunjukkan bahawa kumpulan yang menggunakan raket dan gelanggang yang diubahsuai (RUGU) mempunyai hasil peluang pukulan dan keberjayaan hasil pukulan yang lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Pada masa yang sama, peningkatan terhadap peluang pukulan juga telah meningkatkan rali permainan di kalangan kanak-kanak. Keputusan ini telah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba dan meneroka lebih banyak kemahiran dalam sukan badminton. Penggunaan peralatan yang diubahsuai juga turut meningkatkan kepuasan permainan di kalangan kanak-kanak.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Children , sports , badminton , skills
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 11 Mar 2020 14:04
Last Modified: 11 Mar 2020 14:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25131

Actions (login required)

View Item View Item