Kepelbagaian fauna mamalia keciltidak-terbang di hutan simpan Padas Damit dan kawasan sekitarnya

Goh Cherng Jen (2009) Kepelbagaian fauna mamalia keciltidak-terbang di hutan simpan Padas Damit dan kawasan sekitarnya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kepelbagaian fauna mamalia keciltidak-terbang di hutan simpan Padas Damit dan kawasan sekitarnya.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian mengenai mamalia kecil tidak-terbang ini telah dijalankan di tiga jenis hutan yang berbeza iaitu hutan tebing sungai, hutan perantaraan dan hutan paya bakau yang terletak di Semenanjung Klias. Kawasan kajian termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Padas Damit (HSPD) dan kawasan sekitamya. Kajian ini dijalankan dari bulan Oktober 2008 hingga bulan Februari 2009. Tujuan kajian adalah untuk menambahkan maklumat dan pengetahuan untuk tujuan pengurusan pemuliharaan kepelbagaian biologi yang terdapat di HSPD khususnya merujuk kepada fauna mamalia kecil tak-terbang. Kajian ini telah memerihalkan penggunaan mikrohabitat di setiap jenis hutan yang mana sebanyak enam transek garis lurus yang setiap satunya sepanjang 1 00m telah dibina untuk menyampel organisma kajian. Kaedah penangkapan ialah dengan menggunakan perangkap sangkar dawai berumpan. Sebanyak 66 individu mamalia kecil yang mewakili empat spesies dan dua famili (Sciuridae dan Muridae) telah berjaya disampel dengan usaha penangkapan keseluruhan sebanyak 300 malam-perangkap. Peratus kejayaan penangkapan adalah 22%. Spesies yang paling kerap ditangkap ialah Cal/osciurus notatus dengan tangkapan sebanyak 38 individu, iaitu mewakili 57.58% daripada keseluruhan jumlah tangkapan. Spesies ini merupakan spesies yang didapati di kawasan terganggu dan berhampiran dengan habitat manusia. Analisis Pembezalayan Berkanun telah digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji hubungan antara mamalia kecil dengan mikrohabitatnya. Dalam kajian ini, didapati litupan tanah, kawasan litupan air, sarap hutan dan liana amat mempengaruhi taburan Callosciurus notatus. Manakala taburan Rattus rattus dipengaruhi oleh litupan kanopi dan sarap hutan. Taburan Sundamys muelleri adalah dipengaruhi oleh litupan kanopi, sarap hutan dan pokok tumbang. Taburan Maxomys surifer pula dipengaruhi oleh sarap hutan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mammals , Padas Damit Forest Reserve, PDFR, Biodiversity, Conservation
Subjects: Q Science > QL Zoology
S Agriculture > SD Forestry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 11 Aug 2020 09:11
Last Modified: 08 Aug 2023 10:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25779

Actions (login required)

View Item View Item