Implementasi teori Pelaziman Operan Skinner dalam pembangunan modul Robot M-Solat

UNSPECIFIED (2020) Implementasi teori Pelaziman Operan Skinner dalam pembangunan modul Robot M-Solat.

[img] Text
Implementasi teori pelaziman operan skinner dalam gamifikasi rukun solat menggunakan robot M-Solat Abstract.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Implementasi teori pelaziman operan skinner dalam gamifikasi rukun solat menggunakan robot M-Solat.pdf
Restricted to Registered users only

Download (303kB)

Abstract

Modul Robot M-Solat merupakan modul yang dibangunkan khas untuk pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat. Modul ini dibangunkan berdasarkan keperluan memaksimumkan penguasaan teori dan amali solat bagi meningkatkan tahap pelaksanaan solat dalam kalangan murid. Pembangunan modul ini mengimplementasikan penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam modul ini bagi mengalakkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Peneguhan positif dan peneguhan negatif merupakan dua elemen penting dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pendidikan dan mencadangkan implementasi elemen ini dalam pembangunan Modul Robot M-Solat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Pencarian bahan-bahan ilmiah seperti artikel jurnal, kertas persidangan, tesis dalam bentuk digital dan bukan digital dilakukan dengan menggunakan kata kunci “peneguhan positif”, “peneguhan negatif” dan “Teori Pelaziman Operan Skinner”, “solat” dan “modul”. Dapatan kajian menunjukkan peneguhan positif dapat diimplementasikan dalam Modul Robot M-Solat dengan pemberian bintang, pemberian kad anugerah, penghormatan dan pujian daripada guru atau Robot M-Solat. Manakala, penggunaan peneguhan negatif pula digunakan dengan pemberian kad penalti, teguran, nasihat, masa dan tugasan tambahan semasa proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) berlangsung

Item Type: Article
Keyword: Positive Reinforcement , Negative Reinforcement , Operative Theory Theory , Solah , Module
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 28 Apr 2021 15:35
Last Modified: 28 Apr 2021 15:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26837

Actions (login required)

View Item View Item