Perkembangan dan peranan mogok di Malaysia: satu kajian awal

Mahadirin Ahmad (2018) Perkembangan dan peranan mogok di Malaysia: satu kajian awal. Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 6 (2). pp. 135-152. ISSN 2302-5808

[img] Text
Perkembangan dan peranan mogok di Malaysia.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Perkembangan dan peranan mogok di Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (585kB)

Abstract

Kertas kerja ini – dengan mengguna-pakai kaedah sejarah, pendekatan kualitatif, dan sorotan literatur – menghuraikan fenomena mogok yang berlaku di Malaysia. Penjelasan dilakukan terhadap pengertian mogok, beberapa peristiwa mogok, peranan kesatuan dalam mogok, dan implikasinya terhadap perhubungan perusahaan. Dapatan kajian menunjukan bahawa mogok merupakan salah satu bentuk tindakan perusahaan oleh para pekerja bagi menuntut hak dan keperluan mereka di tempat kerja. Mogok yang dilancarkan oleh pekerja adalah untuk menekan pihak majikan agar menerima cadangan dan tuntutan mereka, manakala pihak majikan pula berperanan untuk mengawal mogok agar tidak berpanjangan dan pihak kerajaan berperanan sebagai “penyelesai masalah” jika pertikaian tidak dapat diselesaikan. Kesan dari interaksi ini menyebabkan bilangan mogok semakin berkurangan; sebaliknya, corak pertikaian perusahaan lebih cenderung berbentuk individu, seperti pembuangan pekerja. Namun begitu, para pekerja tetap melancarkan tindakan perusahaan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti piket dan “go-slow” bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap pihak majikan. Kenyataan tersebut membuktikan bahawa fenomena tindakan perusahaan, seperti mogok, akan terus berlaku sebagai satu manifestasi ketidakharmonian dalam perhubungan perusahaan di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Strike, Industrial Disputes, Industrial Conflict, Industrial Relations, Trade Union in Malaysia.
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 May 2021 07:56
Last Modified: 07 May 2021 07:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26949

Actions (login required)

View Item View Item