Perburuhan dan masyarakat bugis di Sabah: analisis kajian terdahulu

Mahadirin Ahmad (2020) Perburuhan dan masyarakat bugis di Sabah: analisis kajian terdahulu. Journal of Social Sciences and Humanities, 17 (6). pp. 193-202. ISSN 1823-884x

[img] Text
Perburuhan dan masyarakat bugis di sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Perburuhan dan masyarakat bugis di sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (609kB)

Abstract

Kertas kerja ini merupakan analisis terhadap masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka dalam proses perburuhan. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian khusus Bugis dalam bidang ekonomi dan kajian umum yang melibatkan aspek budaya dan adat resam serta hal-hal lain. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan perkembangan buruh Bugis dalam sektor perladangan di Sabah, yang mana pada fasa seterusnya kajian lanjut dilakukan dengan menemubual individu yang pernah terlibat dalam sektor perladangan di negeri Sabah. Kajian empirikal dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang memfokuskan kepada proses temubual secara mendalam. Analisis terhadap kajian lepas, kaedah kepustakaan dan analisis dokumen digunakan bagi menghasilkan data sokongan berkenaan perkembangan buruh Bugis. Hasil dapatan penyelidik terdahulu, berdasarkan kedatangan buruh Bugis yang disebabkan oleh pembukaan ladang kelapa pada akhir abad ke 19, serta perkembangan pesat industri lanud dan kelapa sawit pada dekad 50an sehingga 80an. Selain itu, kajian-kajian terdahulu juga menerangkan tentang orang Bugis yang merangkumi aspek budaya, ekonomi, dan sosial. Jelasnya, penglibatan mereka dilihat sebagai keperluan ekonomi dan meningkatkan pendapatan negeri berasaskan industri komoditi.

Item Type: Article
Keyword: Labour, Bugis Community, Sabah History, Plantation
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 May 2021 07:57
Last Modified: 07 May 2021 07:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26957

Actions (login required)

View Item View Item