Elemen Pan-Islamisme dalam hubungan empayar Uthmaniyyah dengan Kerajaan Kesultanan Johor dari abad ke-18 masihi hingga perang dunia pertama

Mohamad Shaukhi Mohd Radzi and Mohd Sohaimi Esa and Zaini Othman (2020) Elemen Pan-Islamisme dalam hubungan empayar Uthmaniyyah dengan Kerajaan Kesultanan Johor dari abad ke-18 masihi hingga perang dunia pertama. Jurnal Kinabalu, 26 (2). pp. 23-49. ISSN 2600-867X

[img] Text
Elemen Pan-Islamisme dalam hubungan empayar Uthmaniyyah dengan Kerajaan Kesultanan Johor dari abad ke-18 masihi hingga perang dunia pertama-Abstract.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Elemen Pan-Islamisme dalam hubungan empayar Uthmaniyyah dengan Kerajaan Kesultanan Johor dari abad ke-18 masihi hingga perang dunia pertama.pdf
Restricted to Registered users only

Download (357kB) | Request a copy

Abstract

Hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kerajaan Kesultanan Melayu di Nusantara pada abad ke-16 sehingga Perang Dunia Pertama merupakan perhubungan yang diasaskan oleh semangat ummatik atau Pan-Islamisme. Ia terbukti menerusi catatan sejarah yang menunjukkan Empayar Uthmaniyyah yang menjadi kuasa tertinggi khilafah umat Islam pada abad-abad berkenaan bertanggungjawab dalam melindungi Kerajaan Kesultanan Melayu di Nusantara. Kerajaan Kesultanan Johor bermula pada abad ke-18 Masihi telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan empayar tersebut. Penubuhan konsulat Uthmaniyyah di Singapura pada tahun 1864 dan pelantikan wakil empayar tersebut dalam kalangan masyarakat tempatan menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara kedua-dua kuasa Islam tersebut. Antara aspek yang begitu ditekankan dalam perhubungan tersebut ialah persoalan keselamatan perdagangan, jemaah haji ke Mekah, bantuan armada laut dan sebagainya. Ternyata, perhubungan yang diasaskan ini telah memberi kesan kepada kuasa Barat terutamanya British dan Belanda khususnya kekhuatiran bersabit penularan semangat anti-penjajahan di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu dan Indonesia, sekali gus membuktikan semangat pan-Islamisme menjadi asas kepada perhubungan yang telah dijalinkan tersebut. Dari aspek metode kajian, penulis menggunakan metode kualitatif, iaitu perolehan dan analisis sumber-sumber sejarah daripada sumber kepustakaan, sumber arkib serta laporan dan artikel kerja para sarjana yang telah diterbitkan.

Item Type: Article
Keyword: Sejarah diplomatik , Dunia islam , Pan-Islamisme , Johor , Uthmaniyyah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 May 2021 10:11
Last Modified: 27 May 2021 10:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27004

Actions (login required)

View Item View Item