Revolusi bentuk, fungsi dan trend pemakaian tudung di Malaysia

Saniah Ahmad and Zairul Anuar Md. Dawam (2020) Revolusi bentuk, fungsi dan trend pemakaian tudung di Malaysia. Gendang Alam.

[img] Text
Revolusi bentuk, fungsi dan trend pemakaian tudung di Malaysia-Abstract.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Revolusi bentuk, fungsi dan trend pemakaian tudung di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (666kB)

Abstract

Pengaruh kebangkitan Islam pada awal tahun 1970-an telah mencetuskan kesedaran pengamalan pemakaian tudung dalam kalangan wanita Melayu di Malaysia. Pengamalan pemakaian tudung pada tahun 1970-an hingga tahun 2020 telah memberi kesan kepada perubahan fesyen tudung dari aspek bentuk dan fungsinya. Perubahan cita rasa dan tujuan pemakaian tudung menyebabkan bentuk tudung, fungsi dan pemakaiannya juga turut berubah daripada bentuk tudung yang dikenali sebagai skaf kepada shawl. Metodologi kajian ini adalah berdasarkan sumber primer dan sekunder. Sumber prima diperoleh daripada beberapa informan, manakala sumber sekunder tentang skaf dan shawl diteliti dari gambar-gambar dalam media massa seperti majalah, katalog dan surat khabar tempatan dan dari media sosial seperti laman sesawang yang sahih, blog, Facebook, YouTube dan Instagram. Hasil kajian mendapati wanita Islam pada masa kini mempunyai pelbagai pilihan untuk menggayakan tudung mengikut tujuan seseorang individu untuk bertudung. Tiga faktor utama dirungkaikan dalam kajian ini yang berkaitan dengan tujuan pemakaian tudung yang membentuk cita rasa yang berbeza bagi setiap individu. Cita rasa pengguna memilih jenis tudung adalah berdasarkan keperluan individu tertentu dari aspek fungsi, praktikaliti dan nilai estetika.

Item Type: Article
Keyword: Bentuk tudung , Fungsi tudung , Trend tudung , Skaf , Bawal , Shawl , Gaya tudung
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 May 2021 14:11
Last Modified: 28 May 2021 14:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27053

Actions (login required)

View Item View Item