Jakaria Dasan (2008) Sirkulasi iklim Borneo. Utusan Borneo. p. 13.
|
Text
ar0000000011.pdf Download (72kB) | Preview |
Abstract
Kita mungkin tidak menyedari betapa sensitifnya kesan yang berlaku kepada tumbuh-tumbuhan apabila berlaku perubahan kepada iklim atau suhu. Yang jelas, perbezaan dengan manusia ialah kita masih mampu mengelak dari menerima kesan langsung dengan menggunakan kebijaksanaan atau kewarasan akal fikiran. Dalam keadaan sejuk, kita berupaya melindungi badan kita dengan mengenakan pakaian yang tebal. Demikianlah juga dalam keadaan dimana cuaca yang panas terik, kita mampu melindungi diri kita dengan menggunakan payung atau pohon yang rendang untuk berteduh. Kemampuan melindungi diri ini tidak dimiliki oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan suhu yang terlalu sejuk atau panahan cahaya matahari yang terlalu terik maka ianya boleh mengakibatkan tumbuh-tumbuhan musnah. Malah, lebih ditakuti jika keadaan cuaca yang keterlaluan perubahannya ini tidak dapat dikawal boleh menyebabkan terbantutnya proses pertumbuhan dan akhirnya tumbuh-tumbuhan itu pupus begitu sahaja. Inilah bahana yang menimpa tumbuh-tumbuhan seperti sumber makanan dari hasil pertanian dan bekalan oksigen yang dihasilkan melalui dedaunan yang menghijau. Impak perubahan cuaca atau biasa disebut “climate change� sebenarnya perlu difahami dengan jelas oleh masyarakat. Kesan fizikal yang biasa disedari ialah bila berlakunya pemanasan global yang mengakibatkan musibah banjir dan pelbagai bencana alam akibat daripada hujan yang luar biasa kuantitinya dan tidak lagi mengikut rekod iklim sebelumnya. Akan tetapi betapa hebatnya kesan perubahan cuaca ini kepada tumbuh-tumbuhan khususnya di wilayah Borneo ini, masih ramai yang tidak mengetahui keseriusannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Borneo, Global warming, El Nino, La Nina |
Subjects: | Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC851-999 Meteorology. Climatology Including the earth's atmosphere |
Department: | SCHOOL > School of Business and Economics |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 23 May 2011 15:42 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2707 |
Actions (login required)
View Item |