Budaya penyelidikan wadah warga cemerlang

Jakaria Dasan (2008) Budaya penyelidikan wadah warga cemerlang. New Sabah Times. p. 6.

[img]
Preview
Text
ar0000000013.pdf

Download (83kB) | Preview

Abstract

Universiti Malaysia Sabah sekali lagi dikunjungi ribuan manusia dari pelbagai kaum dan negeri bermula pada 19 Ogos hinggalah 25 Ogos 2008. Dalam kalendar universiti terdapat dua keadaan bilamana keadaan seperti ini berlaku dalam kampus. Pertamanya ialah pada ketika pendaftaran masuk pelajar baru yang dikenali sebagai Minggu Suai Mesra. Keduanya ialah pada ketika universiti secara rasminya melepaskan pelajar yang telah tamat pengajian, yang dikenali sebagai Majlis Konvokesyen. Pada tahun ini, Majlis Konvokesyen UMS kali yang ke -10 diadakan bermula pada 23 Ogos hingga 25 Ogos 2008. Jumlah pelajar yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen adalah seramai 3,929 orang dengan melibatkan lima sidang penganugerahan. UMS amat berbangga kerana dapat terus melaksana misi melahirkan generasi baru yang siaga ilmunya mempastikan ketidaktentuan masa depan tidak menggugat keampuhan masyarakat negara ini. Graduan UMS, malah graduan universiti mana sekali pun, harus sedar bahawa dalam proses kehidupan terdapat dua fasa kelahiran. Fasa pertama ialah kelahiran yang azali, iaitu dari rahim ibu. Keduanya dari universiti, sebuah institusi ilmu, yang memperkemaskan lagi kelahiran manusia sebagai insan yang berilmu yang terus kukuh dengan nilai, adat dan adab serta tradisi bangsa yang berilmu dan bermaruah.

Item Type: Article
Keyword: Research, Culture Research
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General) > T175-178 Industrial research. Research and development
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 May 2011 15:58
Last Modified: 13 Oct 2017 11:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2710

Actions (login required)

View Item View Item