Jakaria Dasan and Henry Bating (2008) Menambat minat bekerja - pendekatan Pendaftar UMS. Utusan Borneo. p. 13.
|
Text
ar0000000014.pdf Download (66kB) | Preview |
Abstract
"Sewaktu bertugas di Jabatan Kastam dahulu, saya selalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran dan penguatkuasaan peraturan. Jika diberi arahan, saya akan sedaya upaya melaksanakannya dan mempastikan ianya siap dalam masa yang singkat. Walaupun sikap saya agak 'bising' dalam mempastikan kesempurnaan tugas, tapi saya tidak pernah menekan staf bawahan mahupun menyusahkan rakan sejawatan. Semasa mula-mula berkhidmat di UMS dahulu, sikap ini masih saya miliki. Mujurlah staf yang bekerja di bawah seliaan saya menerima seadanya saya ini. Mungkin juga kerana cara saya yang berterus terang dengan mereka mengenai cara saya mengkehendaki sesuatu tugas itu dijalankan. Bagi saya, sebagai ketua, kakitangan adalah 'anak buah' dan bukannya pekerja saya. Sudah tentu sebagai anak buah, mereka perlu diberikan arahan dengan jelas dan kerja-kerja yang diarah kepada mereka perlu rasional dengan kemampuan atau kebolehan mereka. Dan kaedah terbaik mendapatkan kerjasama anak buah ialah dengan kerap bermesra dan berjenaka dengan mereka pada masa-masayang sesuai." Demikian petikan kata-kata En Abdullah Hj Mohd Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Putatan Sabah. Dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia, beliau telah mencipta sejarah sebagai anak tempatan negeri Sabah yang pertama menjawat jawatan Pendaftar Universiti, yakni jawatan pengurusan pentadbiran tertinggi di Universiti. Jawatan ini juga secara langsung memperuntukkan beliau sebagai Setiausaha Lembaga Pengarah Universiti. Dan setiap Ijazah yang dikeluarkan tertera nama dan tandatangan beliau. Demikian juga dengan surat lantikan jawatan. Dari jawatan Penolong Pendaftar, beliau telah dilantik ke jawatan Penolong Pendaftar Kanan, Timbalan Pendaftar, Pengarah dan akhirnya, pada awal tahun 2007, beliau dilantik menjadi Pendaftar UMS.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Working interest, Working culture |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD66-66.2 Work groups. Team work in industry. Quality circles |
Department: | SCHOOL > School of Business and Economics |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 23 May 2011 16:23 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2711 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |