Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Pentaksiran Kemahiran Insaniah Murid (IPKIM) mata pelajaran Rekacipta

Mohd Hussin Musa and Christina Andin and Syahrul Nizam Salam (2020) Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Pentaksiran Kemahiran Insaniah Murid (IPKIM) mata pelajaran Rekacipta. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 5 (37). pp. 96-107. ISSN 0128-164X

[img] Text
Kesahan dan keboleh percayaan Instrumen Pentaksiran Kemahiran Insaniah Murid (IPKIM) mata pelajaran Rekacipta abstract.pdf

Download (77kB)
[img] Text
Kesahan dan keboleh percayaan Instrumen Pentaksiran Kemahiran Insaniah Murid (IPKIM) mata pelajaran Rekacipta Fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (309kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid mata pelajaran rekacipta. Kesemua item dibina berdasarkan adaptasi ke atas beberapa teori dan model kemahiran insaniah serta kajian literatur yang telah diperolehi dari dalam dan juga luar negara. Hasil kajian ini telah mengemukakan lapan konstruk penting dalam melaksanakan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah menerusi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, dan kemahiran memahami budaya. Pengesahan pakar melibatkan pensyarah-pensyarah universiti tempatan, institut pendidikan guru dan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan melebihi 10 tahun. Seramai 5 orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan kandungan dan 5 orang panel sebagai pakar praktis bagi menentukan kesahan item dari sudut perkataan, laras bahasa dan juga ayat dalam setiap item yang dibina. Selain itu, kaedah pengukuran kuantitatif menerusi Content Valdity Ratio (CVR) telah digunakan bagi menilai item-item tersebut samaada perlu untuk dikekalkan ataupun diubahsuai. Hasil kajian mendapati kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri- ciri pengukuran sesebuah instrumen dan boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur kemahiran insaniah murid di sekolahsekolah menengah.

Item Type: Article
Keyword: Kesahan dan Kebolehpercayaan , Instrumen , Kemahiran Insaniah
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Jun 2021 17:39
Last Modified: 30 Jun 2021 17:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27272

Actions (login required)

View Item View Item