Adakah saya malas bersenam? Sikap dan penglibatan aktiviti fizikal dan senaman dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Satu kajian kes

Mohd Nordin and Dayang Maryama (2020) Adakah saya malas bersenam? Sikap dan penglibatan aktiviti fizikal dan senaman dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Satu kajian kes.

[img] Text
Adakah saya malas bersenam.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Adakah saya malas bersenam1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (242kB)

Abstract

Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan senaman secara aktif adalah komponen utama gaya hidup sihat. Tinjauan dalam kajian lepas, terdapat penurunan yang serius penglibatan remaja dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman walaupun mereka tahu kesan jangka masa panjang ke atas kesihatan dan kecergasan mereka. Namun sikap pelajar menjadi faktor utama yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara aktif. Selain dari itu, kekurangan informasi berkaitan dengan sikap pelajar tingkatan enam dan penglibatan pelajar tingkatan enam dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman mendorong pengkaji menjalankan kajian ini. Tujuan utama kajian adalah menjelaskan perkaitan sikap pelajar dengan penglibatan dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman di kalangan pelajar tingkatan enam. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian penyelidikan kualitatif dalam bentuk kajian kes. Peserta kajian dipilih secara bertujuan. Seramai empat orang peserta kajian yang terdiri dari pelajar tingkatan enam yang mempunyai indeks jisim badan (BMI)> 30, berumur 18 hingga 19 tahun. Data kajian diperoleh menggunakan temu bual separa berstruktur. Data kajian telah dikodkan mengikut tema dengan menggunakan perisian analisis data kualitatif Atlas.ti versi 8. Kajian mendapati, pelajar mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman untuk menurunkan berat badan. Hasil kajian mendapati, sikap pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal dan senaman adalah berkait rapat dengan tingkah laku pemakanan, batasan pengetahuan terhadap senaman dan pemakanan, ketiadaan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di tingkatan enam, kurang galakkan dan sokongan dari ibu bapa dan rakan, tahap kesedaran yang rendah, menjadi batasan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan senaman secara aktif. oleh itu pengkaji menyarankan bahawa perlu ada satu bentuk intervensi khusus untuk meningkatkan penglibatan pelajar tingkatan enam dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman bagi mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan pelajar tingkatan enam.

Item Type: Proceedings
Keyword: Obesiti, Aktiviti Fizikal, Senaman, Pelajar Tingkatan Enam, Kualitatif, Indeks Jisim Badan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Jun 2021 12:17
Last Modified: 23 Jun 2021 12:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27369

Actions (login required)

View Item View Item