Takrifan autoriti sebagai wacana realiti sosial dalam kempen bulan penghayatan kebangsaan

Sitinurbayu Mohd Yusoff and Syahruddin Ag Ahmad and Aisah Meri and Cyril Modili (2020) Takrifan autoriti sebagai wacana realiti sosial dalam kempen bulan penghayatan kebangsaan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (8). pp. 1-12. ISSN 2504-8562

[img] Text
Takrifan autoriti sebagai wacana realiti sosial dalam kempen bulan penghayatan kebangsaan.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Takrifan autoriti sebagai wacana realiti sosial dalam kempen bulan penghayatan kebangsaan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (720kB)

Abstract

Setiap tahun, perayaan Hari Kebangsaan disambut meriah dengan pelbagai kempen dan program anjuran kerajaan bagi menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat. Sambutan perayaan Hari Kebangsaan ini dianjurkan dengan harapan ia dapat membina jiwa kenegaraan yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang majmuk. Pengisian dalam kempen Hari Kebangsaan adalah sepenuhnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengatur pelan strategi yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Di sini, pengaruh realiti sosial takrifan autoriti dijangka memainkan peranan dalam mengawal situasi untuk mengekalkan sesuatu penguasaan yang telah diperolehi. Oleh itu, wacana tentang kemerdekaan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan melalui kempen bulan Kebangsaan saban tahun harus dirancang dengan teliti agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dalam sesebuah kempendapat dihayati dengan sepenuh hati oleh golongan sasar. Dalam masa yang sama kebijaksanaan kerajaan dalam merangka kandungan kempen perlu agar integriti kerajaan dalam memimpin negara diperolehi dan dipandang tinggi di mata dunia. Kaedah perbincangan kumpulan fokus dan temubual mendalam telah dijalankan untuk mengenalpasti adakah wujudnya unsur ‘authority-defined’dalam pemilihan isi kandungan kempen bulan Kebangsaan. Dapatan yang digarap daripada perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam dikaitkan dengan konsep realiti sosial takrifan autoriti sebagai pemangkin kepada pembentukan terhadap penguasaan dalam kalangan rakyat negara ini. Kajian ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas mengapa konsep takrifan autoriti (authority-defined)itu lebih penting untuk dipraktiskan dalam pengurusan sesebuah pemerintahan berbanding amalan takrifan harian (everyday-defined).

Item Type: Article
Keyword: Realiti Sosial, Takrifan Sosial, Hari Kebangsaan, Takrifan Harian
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Jul 2021 08:44
Last Modified: 01 Jul 2021 08:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27563

Actions (login required)

View Item View Item