UMS mulakan pelaksanaan KPI secara serius

Jakaria Dasan (2009) UMS mulakan pelaksanaan KPI secara serius. The New Sabah Times. p. 9.

[img]
Preview
Text
ar0000000040.pdf

Download (40kB) | Preview

Abstract

Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj Ampon, Naib Canselor UMS, menyerahkan KPI setiap Ketua-Ketua Jabatan di UMS pada Majlis Penutupan Bengkel KPI UMS yang telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula pada 18 April itu, telah secara spesifik membincangkan mengenai Petunjuk Prestasi Utama setiap jabatan dan sekolah di UMS (Key Performance Indicator) yang akan dijadikan sebagai panduan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran serta tadbir urus UMS keseluruhannya. Bengkel ini telah dibimbing oleh pakar prestasi iaitu Prof. Dr. Amat Taap Hj Manshor. Beliau merupakan konsultan yang sering diundang oleh Malaysia Productivity Corporation, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta bagi mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan prestasi termasuklah KPI. Berasal dari Kg Ranggu Tawau, dan pernah berkhidmat di Kumpulan Guthrie, Intel Electronic, Multimedia University dan Managment and Science University. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan. Menurut Prof Dr Amat Taap KPI telah lama dilaksanakan di sektor swasta. Di sektor awam ianya turut dilaksanakan tetapi pelaksanaannya adalah tidak menyeluruh. KPI merupakan alat yang sangat penting dalam menanda aras kemajuan organisasi. “Secara langsung, KPI menekankan pencapaian matlamat organisasi, yang memfokus kepada pelaksanaan tanggungjawab kakitangan dan menjadi panduan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.� Ulas Prof Dr Amat Taap ketika ditanya mengenai kesesuaian mewujudkan KPI di Institusi Pengajian Tinggi. Tambah beliau lagi, sesuai dengan peranan Universiti, maka KPI sebenarnya adalah didasarkan kepada budaya yang berteraskan prestasi atau “Performance based Culture.�. Justeru, bagi membolehkan sesebuah universiti berdaya saing dan berdaya tahan, maka ia perlu melihat KPI sebagai alat yang utama pada masakini. Apatah lagi dengan cabaran globalisasi yang menuntut lonjakan prestasi setiap kakitangan di IPT.

Item Type: Article
Keyword: Key Performance Indicator (KPI)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2341-2341.95 Supervision and administration. Business management
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 May 2011 16:25
Last Modified: 16 Oct 2017 11:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2759

Actions (login required)

View Item View Item