Penyertaan komuniti tempatan dalam pemuliharaan ekosistem sungai mansahaban berasaskan sistem bombon di kg. Marakau, Ranau

Dg Nur Fairuzzimah and Jurry Foo (2021) Penyertaan komuniti tempatan dalam pemuliharaan ekosistem sungai mansahaban berasaskan sistem bombon di kg. Marakau, Ranau. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7. pp. 56-64. ISSN 2462-2095

[img] Text
Penyertaan komuniti tempatan dalam pemuliharaan ekosistem sungai mansahaban berasaskan sistem bombon di kg. Marakau, Ranau.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Penyertaan komuniti tempatan dalam pemuliharaan ekosistem sungai mansahaban berasaskan sistem bombon di kg. Marakau, Ranau1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (269kB) | Request a copy

Abstract

Penyertaan komuniti dalam pemuliharaan ekosistem berasaskan sistem bombon penting untuk membantu dalam meningkatkan nilai perkhidmatan ekosistem. Pemuliharaan ekosistem dilakukan adalah untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem, meminimumkan pembaziran dan mengelakkan kerosakan persekitaran. Sistem bombon memerlukan penyertaan komunti setempat atau komuniti kampung khususnya, bagi membantu dalam menentukan hala tuju dan menghasilkan keputusan disepanjang tempoh pelaksanaan sistem ini. Bombon merupakan kaedah pengurusan ekosistem yang diamalkan komuniti Kg. Marakau dalam menguruskan sumber sungai. Ekosistem sungai penting kerana terdapat pelbagai perkhidmatan ekosistem untuk kegunaan manusia termasuk makanan, perkhidmatan perubatan dan rekreasi. Seterusnya kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor dan bentuk penyertaan komuniti dalam pelaksanaan sistem bombon bagi mencapai tujuannya dalam keselamatan makanan, kesalamatan ekosistem dan produk pelancongan. Data dikumpul melalui temu bual terhadap komuniti aktif dan pemerhatian serta dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati penyertaan komuniti tempatan dalam pemuliharaan sistem ekosistem adalah secara aktif dan terdapat tiga bentuk penyertaan utama dan penyertaan komuniti dipengaruhi oleh manfaat daripada pelaksana sistem bombon kepada nilai ekosistem di Kg. Marakau.

Item Type: Article
Keyword: Penyertaan komuniti , Pemuliharaan , Nilai ekosistem , Sistem bombon
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM701 Social systems
Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:31
Last Modified: 28 Dec 2021 15:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29266

Actions (login required)

View Item View Item