Dakwah bil akhlak kontemporari: satu pendekatan dalam konsep keusahawanan Islam

Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman and Mohd Maziz al-Hadi Moharam and Ismail Maidin (2021) Dakwah bil akhlak kontemporari: satu pendekatan dalam konsep keusahawanan Islam. International Journal of Accounting, Finance and Business, 6. pp. 111-123. ISSN 0128-1844

[img] Text
Dakwah bil akhlak kontemporari.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Dakwah bil akhlak kontemporari1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (232kB) | Request a copy

Abstract

Dakwah adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap manusia dalam segenap sudut kehidupan. Implementasi dakwah tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek bahkan ia lebih bersifat universal. Dalam konteks dakwah, terdapat aneka bentuk medium yang dapat digunakan bagi menyebarkan risalah Islam dan salah satunya adalah menerusi dakwah bil akhlak kontemporari. Pendekatan ini juga sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam konsep keusahawanan Islam kerana ia menggambarkan peribadi seseorang usahawan itu sendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dakwah bil akhlak kontemporari seseorang usahawan dapat memenuhi konsep keusahawanan Islam serta bentuk-bentuk akhlak yang dikehendaki oleh Islam bagi seseorang usahawan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dimana al-Quran dan al-Sunnah dijadikan sebagai indikator utama penerapan nilai-nilai akhlak dalam Islam. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah bil akhlak kontemporari sangat memberikan kesan positif terhadap konsep keusahawanan Islam dengan mengaplikasikan akhlak-akhlak yang murni seperti jujur, benar, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, menepati janji, sabar, adil, berilmu pengetahuan, bersyukur, optimis dan berserah diri kepada Allah SWT sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan bertunjangkan kepada implementasi dakwah bil akhlak kontemporari ini, seseorang usahawan itu akan mudah didekati, dipercayai dan dikunjungi oleh pelanggan seterusnya dapat memperkembangkan lagi hasil perniagaan mereka ke serata tempat.

Item Type: Article
Keyword: Da'wah , Moral , Da'wah bil Akhlak , Contemporary , Islamic Entrepreneurship
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Feb 2022 08:32
Last Modified: 25 Feb 2022 08:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29286

Actions (login required)

View Item View Item