Impak aktiviti pelancongan ke atas komuniti setempat: tinjauan literatur

Jessica James and Rosazman Hussin (2021) Impak aktiviti pelancongan ke atas komuniti setempat: tinjauan literatur. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7. pp. 211-224. ISSN 2462-2095

[img] Text
Impak aktiviti pelancongan ke atas komuniti setempat.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Impak aktiviti pelancongan ke atas komuniti setempat1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (245kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan artikel ini adalah berasaskan tinjauan literatur dalam membincangkan isu impak aktiviti pelancongan yang dijalankan oleh pengusaha-pengusaha pelancongan dari luar tetapi beroperasi dalam kawasan pelancongan yang berhampiran dengan kampung atau penempatan komuniti setempat di Malaysia. Aktiviti pelancongan tersebut dalam situasi tertentu memberi impak ke atas ahli komuniti setempat secara langsung samada sebagai pengusaha ataupun pekerja. Penulisan artikel ini cuba untuk memahami isu impak pelancongan ke atas komuniti setempat samada dari aspek ekonomi, sosial, budaya, serta alam sekitar berdasarkan sumber data tinjauan lietratur. Pada masa ini, dapat dilihat ‘trend’ pembangunan sektor dan aktiviti pelancongan semakin meningkat di kawasan bandar serta luar bandar. Keadaan ini telah memberi impak jelas samada positif mahupun negatif terhadap komuniti berhampiran atau dalam kawasan pelancongan tersebut. Kaedah kutipan data artikel ini adalah berasaskan data sekunder yang diperoleh melalui artikel jurnal, sumber atas talian (internet), kertas kerja persidangan dan tesis. Hasil kajian literatur ini menunjukan bahawa perkembangan pesat pelancongan di Malaysia terutama sebelum fasa Perentah Kawalan Pergerakan Covid 19 memberi kesan positif yang lebih ketara berbanding kesan negatif ke atas komuniti setempat. Ini kerana ramai ahli komuniti setempat samada di bandar dan di luar bandar menyedari bahawa pelancongan merupakan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti taraf hidup mereka.

Item Type: Article
Keyword: Aktiviti Pelancongan , Impak positif , Impak negatif , Komuniti Setempat
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:33
Last Modified: 28 Dec 2021 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29367

Actions (login required)

View Item View Item