Kelompok tema “Tukadan” dalam subjek bahasa kadazandusun

Rozita Bt. Buyoh and Wong, Jane Kon Ling and Caroline L. Loven (2021) Kelompok tema “Tukadan” dalam subjek bahasa kadazandusun. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7. pp. 148-168. ISSN 2462-2095

[img] Text
Kelompok tema “Tukadan” dalam subjek bahasa kadazandusun.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Kelompok tema “Tukadan” dalam subjek bahasa kadazandusun1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (579kB)

Abstract

Tukadan atau peribahasa merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun. Aspek ini diajarkan dalam bahagian Puralan Boros (tatabahasa) dan menjadi item soalan dalam penilaian PT3 dan peperiksaan SPM. Walau bagaimanapun, guru menghadapi beberapa kesukaran mengajarkan aspek ini kerana kesemua tukadan yang disenaraikan secara umum dalam buku Puralan Boros perlu dikuasai oleh murid. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kelompok tema utama tukadan serta mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam setiap tukadan. Analisis dokumen dilakukan ke atas keseluruhan 123 senarai tukadan yang terkandung dalam buku Puralan Boros Bahasa Kadazandusun id Sikul. Hasil kajian mendapati tukadan dalam subjek Bahasa Kadazandusun terdiri daripada minimun satu perkataan sehingga sepanjang sembilan perkataan dan dapat dibahagikan kepada lima tema atau kelompok utama iaitu Pujian, Pedoman, Nasihat, Sindiran dan Perbandingan. Nilai murni pula dapat dibahagikan kepada nilai positif dan nilai negatif namun kedua-dua elemen tersebut bertujuan untuk mendidik atau menegur secara halus. Selain itu, kajian ini mendapati adanya beberapa tukadan yang tidak memperlihatkan fungsinya yang jelas kerana maknanya hanyalah memberi gambaran sifat atau fizikal sesuatu perkara. Signifikan kajian ini adalah memudahkan proses PdPc aspek tukadan dalam Subjek Bahasa Kadazandusun khususnya untuk guru-guru BKD di sekolah menengah.

Item Type: Article
Keyword: Kelompok Tema , Tukadan , Bahasa Kadazadusun
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:51
Last Modified: 28 Dec 2021 15:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29396

Actions (login required)

View Item View Item