Perkahwinan komuniti Sino-Kadazan di Kota Kinabalu, Sabah: memahami cabaran identiti, pelbagai adat dan hubungan harmoni dalam keluarga

Nevashiny Karuppiah and Rosazman Hussin (2021) Perkahwinan komuniti Sino-Kadazan di Kota Kinabalu, Sabah: memahami cabaran identiti, pelbagai adat dan hubungan harmoni dalam keluarga. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7. pp. 86-100. ISSN 2462-2095

[img] Text
Perkahwinan komuniti Sino-Kadazan di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Perkahwinan komuniti Sino-Kadazan di Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (260kB) | Request a copy

Abstract

Isu artikel ini ialah perkahwinan antara budaya dalam kalangan masyarakat Sino-Kadazan yang berlaku sebelum pembentukan Malaysia 1963 di Sabah. Antara cabaran yang dihadapi ialah kedudukan status identiti mereka sering dipertikaikan. Artikel ini turut melihat pada keperibadian komuniti ini serta kebiasaan mereka dalam budaya berkeluarga seperti dalam aspek bahasa komunikasi, kepercayaan, pemakanan dan pemilihan tempat tinggal. Matlamat kajian ini adalah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan iaitu adakah perkahwinan antara budaya seperti komuniti Sino-Kadazan akan mewujudkan hubungan yang harmoni atau wujudnya permasalahan seperti konflik dalam budaya? Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu melakukan temu bual secara mendalam dan pemerhatian ke rumah lima orang responden. Untuk memperkukuhkan lagi data kajian ini, sumber sekunder juga turut digunakan. Latar lokasi dilakukan di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu yang mempunyai etnik SinoKadazan. Konsep-konsep yang digunakan adalah untuk memahami isu dengan lebih mendalam dan mengaitkannya dengan data yang diperolehi. Kajian ini telah memperlihatkan masyarakat mampu menyesuaikan diri dengan budaya yang wujud dan menerimanya sebagai identiti mereka. Artikel ini dihasilkan untuk mempertingkatkan pengertian masyarakat tentang hubungan antara kaum melalui perkahwinan campur atau budaya khususnya di negeri Sabah dan secara amnya di negara Malaysia. Harapan untuk kajian ini ialah jurang perbezaan antara budaya boleh dirapatkan dan seterusnya masyarakat akan lebih menitikberatkan isu tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Adat , Cabaran , Hubungan Harmoni , Identiti Etnik , Masyarakat Sino-Kadazan , Perkahwinan Campur
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:53
Last Modified: 28 Dec 2021 15:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29416

Actions (login required)

View Item View Item