Persediaan awal latihan guru Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (2011 – 2014)

Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah and Bilcher Bala and Wong, Jane Kon Ling (2021) Persediaan awal latihan guru Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (2011 – 2014). Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7. pp. 65-85. ISSN 2462-2095

[img] Text
Persediaan awal latihan guru Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (2011 – 2014).pdf

Download (41kB)
[img] Text
Persediaan awal latihan guru Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (2011 – 2014)1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (352kB)

Abstract

Program Latihan guru Bahasa Kadazandusun (BKD) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula apabila seramai 20 orang pelajar PPISMP BKD ambilan pertama mendaftar pada 25 Jun 2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent. Kumpulan ini mengikuti kursus persediaan selama tiga semester sebelum meneruskan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 8 semester. Banyak persediaan awal telah dilakukan oleh IPGM khususnya IPG Kampus Kent selaku perintis kepada penawaran latihan guru melalui PPISMP BKD. Kajian ini bertujuan untuk meneliti persediaan utama yang telah dilakukan oleh IPG Kampus Kent sebelum menerima pelajar PPISMP BKD. Kajian ini juga mengenalpasti pensyarah dan pelajar perintis yang terlibat dalam latihan guru BKD serta senarai kursus yang ditawarkan dalam kurikulum PPISMP dan PISMP BKD. Kajian ini dilakukan menggunakan pendekatan sejarah naratif dengan hampir keseluruhan perbincangan adalah dalam bentuk kronologi. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah mengumpul sumber-sumber primer seperti minit mesyuarat, kertas cadangan dan kertas kerja, dokumen perjanjian, laporan, surat menyurat dan keratan akhbar bekaitan serta temu bual dengan individu yang terlibat langsung dengan persediaan awal latihan guru BKD. Kajian mendapati terdapat dua persediaan awal yang telah dilakukan sebelum penawaran PPISMP BKD iaitu persediaan tenaga pengajar dan penggubalan Pro Forma iaitu kurikulum BKD. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa semua pensyarah dan pelajar perintis BKD adalah penutur jati pelbagai dialek Kadazan Dusun dari pelbagai daerah di negeri Sabah.

Item Type: Article
Keyword: PPISMP , PISMP , IPGM , IPG , BKD , Pro Forma
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar > P375-381 Linguistic geography
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:55
Last Modified: 28 Dec 2021 15:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29418

Actions (login required)

View Item View Item