Persepsi pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah terhadap laman rangkaian sosial untuk mencari pekerjaan

Natasha Nabilla Ahmad (2022) Persepsi pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah terhadap laman rangkaian sosial untuk mencari pekerjaan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (294kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui laman rangkaian sosial yang digunakan oleh pelajar tahun akhir FPEP, UMS sebagai medium untuk mencari pekerjaan serta mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir FPEP, UMS dalam menggunakan media sosial sebagai medium mencari pekerjaan di samping mengkaji persepsi pelajar tahun akhir FPEP, UMS terhadap penggunaan media sosial dalam mencari pekerjaan. Kajian ini melibatkan seramai 4 orang informan yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. Keempat-empat informan tersebut berumur 25 tahun yang kini aktif menggunakan laman rangkaian sosial apabila ingin mencari kerja secara atas talian. Bagi memudahkan kajian ini, kaedah pendekatan yang digunakan ialah kaedah pendekatan kualitatif dengan bersertakan persampelan bertujuan untuk memperoleh maklumat daripada informan dengan lebih mendalam dan terperinci. Pengkaji telah menggunakan teknik temu bual untuk mendapatkan data bagi melengkapkan hasil dapatan kajian. Kemudian, data dianalisis seterusnya ditranskripkan dari alat perakam suara kepada ayat yang sesuai dalam bentuk akademik ke atas helaian kertas. Hasil data yang diperolehi telah menunjukkan bahawa medium rangkaian sosial yang digunakan oleh pelajar tahun akhir terdiri daripada Facebook, LinkedIn, Instagram, Google dan Whatsapp. Manakala, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir dalam menggunakan media sosial sebagai medium mencari pekerjaan ialah iklan palsu, jaminan keselamatan maklumat peribadi, diskriminasi pemilihan calon, persaingan, kurang kepakaran menggunakan media sosial dan keperluan berbahasa Cina. Akhir sekali, persepsi pelajar tahun akhir terhadap medium yang digunakan untuk mencari kerja ialah berkesan, memberi ancaman keselamatan (kerisauan tentang data peribadi) serta menjimatkan kos dan masa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pelajar tahun akhir , Laman rangkaian sosial , Cabaran rangkaian sosial , Persepsi pelajar tahun akhir
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:49
Last Modified: 05 Apr 2023 09:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29632

Actions (login required)

View Item View Item