Penghasilan jem mangga campuran limau kasturi

Siti Nursaleha Masri (2005) Penghasilan jem mangga campuran limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000085.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menghasilkan produk jem mangga campuran limau kasturi. Kaedah pembuatan jem mangga campuran limau kasturi ini melibatkan proses penyediaan puri mangga dan jus limau kasturi, pemasakan jem dan pembotolan jem. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dengan menggunakan tiga aras peratus puri mangga yang berbeza iaitu 35%, 37% dan 39%, 4 aras peratus jus limau kasturi yang berbeza iaitu 3%, 6%, 9% dan 12%, dua aras peratus gula yang berbeza iaitu 45% dan 50% manakala perbezaan peratus air adalah mengikut keperluan 100%. Daripada 12 formulasi ini, sebanyak 4 formulasi yang terbaik hasil dari keputusan ujian pemeringkatan telah dipilih untuk menjalani ujian skala hedonik. Daripada ujian skala hedonik yang dijalankan mendapati sampel F10 adalah yang terbaik dengan formulasi 39% puri mangga, 6% jus limau kasturi, 0.5% pektin, 50% gula dan 4.5% air. Analisis proksimat yang dijalankan mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik mempunyai kandungan 22.58% ± 0.20 air, 1.37% ± 0.36 protein, 0.42% ± 0.11 abu, 0.46% ± 0.05 gentian kasar, 0.51% ± 0.06 lemak, 74.56% ± 0.56 karbohidrat dan 14.96mg ± 0.81 asid askorbik. Analisis fiziko kimia dari segi nilai pH mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik mencatatkan nilai pH 3.24 dan pepejal larut sebanyak 68°Briks. Daripada ujian mikrobiologi yang dijalankan mendapati jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik bebas dari pertumbuhan yis dan kulat. Bardasarkan kepada kajian pengguna yang dijalankan, didapati seramai 69.5% panel pengguna menyukai jem mangga campuran limau kasturi formulasi terbaik ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mango, Lime, Fruit jam
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jun 2011 15:12
Last Modified: 19 Oct 2017 10:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2976

Actions (login required)

View Item View Item