Pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi: kajian kes di Sekolah Bestari Luar Bandar di Sabah

Soon Singh Bikar Singh and Balan Rathakrishnan and Rosy Talin and Dg. Norizah Ag.Kiflee (2017) Pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi: kajian kes di Sekolah Bestari Luar Bandar di Sabah. Journal Of Social Science and Humanities, 12 (2). pp. 245-258. ISSN 1823-884x

[img] Text
Pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi kajian kes di Sekolah Bestari Luar Bandar di Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (269kB) | Request a copy
[img] Text
Pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi_ kajian kes di Sekolah Bestari luar bandar di Sabah ABSTRAK.pdf

Download (61kB)

Abstract

Sistem maklumat geografi (GIS) telah banyak membantu manusia dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dalam ruangan yang mereka huni. Namun begitu, GIS masih belum diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysian dengan pelbagai alasan seperti kekurangan kemudahan prasarana ICT dan sumber manusia. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti potensi untuk mengintegrasikan GIS dalam mata pelajaran geografi di Sekolah Menengah Bestari yang memiliki pelbagai kemudahan prasarana ICT yang cangih dan kondusif. Kajian ini dijalankan dengan menggunakkan kaedah penyelidikan campuran (mixed methods). Data Kuantitatif di perolehi dengan menggunakan soal selidik manakala data kualitatif di perolehi dengan menjalankan temuramah separa berstuktur. Kaedah persempelan bertujuan telah digunakan untuk memilih sekolah kajian. Empat orang guru dari sekolah kajian juga telah dipilih untuk menjalankan sesi temuramah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pertambahan bilangan makmal komputer, kemudahan internet, peralatan ICT, komputer dan pegawai teknikal menyediakan peluang yang agak cerah untuk mengintegrasikan GIS dalam pengajaran geografi di sekolah bestari. Analisa data temuramah menunjukkan bahawa terdapat beberapan kekangan seperti kekurangan perisian GIS, sumber manusia, bahan rujukan dan kurikulum geografi yang menghalang pengintegrasian GIS dalam pengajaran geografi di sekolah. Namun begitu, analisa data temuramah juga menunjukkan bahawa hasrat murni untuk mengintegrasikan GIS dalam pengajaran geografi akan tercapai sekiranya kekangan ini dapat diatasi

Item Type: Article
Keyword: Sistem maklumat geografi (GIS) , Sekolah bestari, Kurikulum geografi , Sabah , Malaysia
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 14 Jul 2021 08:47
Last Modified: 14 Jul 2021 08:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29938

Actions (login required)

View Item View Item