Pengaruh iklim sekolah, komitmen guru, motivasi guru dan kepuasan kerja guru terhadap prestasi kerja guru: satu kajian rintis

Lai, Evonne Eng Fei and Crispina Gregory K Han (2019) Pengaruh iklim sekolah, komitmen guru, motivasi guru dan kepuasan kerja guru terhadap prestasi kerja guru: satu kajian rintis. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4. pp. 53-62. ISSN 0128-164X (Unpublished)

[img] Text
Pengaruh iklim sekolah, komitmen guru, motivasi guru dan kepuasan kerja guru terhadap prestasi kerja guru.pdf

Download (44kB)
[img] Text
Pengaruh iklim sekolah, komitmen guru, motivasi guru dan kepuasan kerja guru terhadap prestasi kerja guru1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (347kB)

Abstract

Fokus utama artikel ini adalah untuk membincangkan dapatan kajian rintis mengenai "Pengaruh Iklim Sekolah, Komitmen Guru, Motivasi Guru dan Kepuasan Kerja Guru terhadap Prestasi Guru" yang dijalankan di tiga buah sekolah menengah Daerah Betong yang juga merupakan sekolah pedalaman yang terletak dalam Bahagian Betong, Sarawak. Seramai 162 guru sekolah menengah terlibat dalam kajian rintis ini. Instrumen yang digunakan ialah Organizational Climate Description Questionnaire- Rutgers Secondary (OCDQ-RS) digunakan untuk mengukur iklim sekolah, Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) untuk mengukur komitmen guru, The Work Tasks Motivation Scale for Teachers (WTMST) untuk mengukur motivasi guru, Minnesota Statisfaction Questionnaire (MSQ) untuk mengukur kepuasan kerja guru dan Teachers’ Job Performance Self-rating quesionnaire (TJPSQ) untuk mengukur prestasi kerja guru. Back-to-Back Translation telah dilakukan untuk WTMST dan TJPSQ. Kesahan yang telah digunakan ialah kesahan muka dan kesahan kandungan yang telah melibatkan lima orang pakar. Kesahan gagasan iaitu Analisis faktor pula dijalankan menggunakan Statistical Package of Social Sciences (SPSS) Versi 21.0 dan model pengukuran PLS-SEM bersama SmartPLS versi 3.2.7. Dapatan kajian juga menunjukkan nilai muatan luaran adalah melebihi 0.6, nilai AVE lebih daripada 0.5, kebolehpercayaan komposit dan Cronbach’s Alpha juga lebih daripada 0.7, dan kesahan diskriminan berdasarkan Kriteria Fornell-Larcker (nilai laten melebihi korelasi antara laten) dan Heterotrait-monotrait ratio of correlations (HTMT) telah dipenuhi. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan yang diperolehi menunjukkan instrumen adalah sesuai digunakan untuk kajian sebenar

Item Type: Article
Keyword: Iklim sekolah , Komitmen guru , Motivasi guru , Kepuasan kerja guru , Prestasi kerja guru
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jul 2021 16:16
Last Modified: 13 Jul 2021 16:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29945

Actions (login required)

View Item View Item