Penghasilan minuman jus jambu batu campuran lemon

Chong, Yik Stew (2006) Penghasilan minuman jus jambu batu campuran lemon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000107.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan produk minuman jus jambu batu campuran lemon. Kajian awal menggunakan 12 formulasi dan sebanyak 3 formulasi terbaik telah dipilih daripada kumpulan jus berdasarkan penilaian sensori dengan menggunakan ujian pemeringkatan yang dianalisis dengan Ujian Friedman. Formulasi 2 dengan 35 % puri jambu batu, 4% puri lemon, 51 % air, 9.98 % gula dan 0.02 % natrium benzoat telah dipilih sebagai formulasi terbaik melalui Ujian Skala Hedonik yang dianalisis dengan analisis varians (ANOVA) satu hala dan Ujian Tukey. Hasil analisis menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan signifikan (p<0.05) untuk atribut kemanisan, kemasaman, aftertaste dan penerimaan keseluruhan dengan min skor 5.60 ± 0.81,5.47 ± 1.04,5.07 ± 0.98 dan 6.03 ± 0.81 masing-masing. Hasil analisis proksimat menunjukkan minuman jus jambu batu campuran lemon ini mengandungi 85.87 ± 0.04 % kelembapan, 0.14 ± 0.01 % abu, 0.38 ± 0.27 % serabut kasar, 0.22 ± 0.06 % protein, 0.09 ± 0.02 % lemak dan 13.30 ± 0.37 % karbohidrat. Kajian mutu penyimpanan dijalankan selama 6 minggu ke atas formulasi terbaik dengan menguji perubahan pH, jumlah pepejal terlarut, vitamin C, keasidan dan ujian mikrobiologi. Keputusan menunjukkan bahawa pH menurun dari 3.89 ± 0.01 kepada 3.02 ± 0.01, jumlah pepejal terlarut menurun dari 14.0 ± 0.0 °Briks kepada 13.2 ± 0.0 °Briks, kandungan vitamin C menurun dari 32.30 ± 0.08 mg/100g kepada 3.55 ± 0.01 mg/100g manakala peratus keasidan meningkat dari 0.77 ± 0.01 % kepada 1.15 ± 0.01 %. Hasil daripada ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa jangka hayat simpanan untuk minuman jus ini adalah 5 minggu. Ujian Perbandingan Berganda telah dijalankan untuk mengkaji perubahan sensori dan dianalisiskan dengan ujian-t tak bergantung. Hasil analisis menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan signifikan (p<0.05) antara sampel simpanan dengan sampel segar bagi atribut warna, aroma, kemanisan, kemasaman, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Ujian pengguna menunjukkan bahawa terdapat 77 % daripada responden suka akan produk minuman jus jambu batu campuran lemon ini dan 72 % daripada responden akan membeli produk ini sekiranya ia dipasarkan. Ini menunjukkan bahawa produk minuman jus jambu batu campuran lemon ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan responden.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Juice mixture, Guava, Lemon, Beverages
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jun 2011 15:32
Last Modified: 19 Oct 2017 11:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3006

Actions (login required)

View Item View Item