Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah

Anne Jeffrey Kihob and Saidatul Nornis Mahali (2021) Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah. E-jurnal Bahasa Dan Linguistik, 2. ISSN 2682-8987

[img] Text
Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah abstract.pdf

Download (35kB)
[img] Text
Penggunaan Tanda Baca Koma dan Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (457kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kepekaan murid-murid tingkatan empat di sekolah menengah luar bandar Daerah Tuaran, Sabah, menggunakan tanda baca noktah dan koma dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Sebanyak 70 hasil karangan murid daripada tiga buah sekolah dianalisis secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil penelitian menunjukkan bahawa murid tidak menggunakan tanda baca komadan noktah dengan betul dalam penulisan karangan menyebabkan hasil karangan mereka sukar dibaca dan mempengaruhi keseluruhan impresi terhadap karangan yang ditulis. Sebanyak 66 hasil karangan didapati tidak menggunakan tanda baca noktah dan koma dengan betul. Data kesalahan yang direkodkan adalah sebanyak 299 yang melibatkan 196 data kesalahan tanda baca koma dan 103 data kesalahanuntuk tanda baca noktah. Kajian yang dijalankan ini bermanfaat untuk memberikan kesedaran kepada pendidik dan murid agar peka akan kepentingan menggunakan tanda baca koma dannoktah dengan betul supaya murid dapat menghasilkan karangan yang lebih mudah dibaca,difahami dan berkesan untuk pemahaman pembaca dalam menyampaikan komunikasi bentuk bertulis.

Item Type: Article
Keyword: Tanda baca koma , Tanda baca noktah , Penulisan karangan
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 26 Jul 2021 16:23
Last Modified: 26 Jul 2021 16:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30068

Actions (login required)

View Item View Item