Pembangunan produk cokolat berinti kismis dan buah pala

Nyeow, Jinn Chyuan (2006) Pembangunan produk cokolat berinti kismis dan buah pala. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000112.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk membangunkan produk baru cokolat berinti campuran kismis dan buah pala. Sebanyak 12 formulasi inti cokolat diubahsuai berdasarkan buah pala basah dan kering serta peratusan campuran kismis dan buah pala. Daripada keputusan penilaian deria, sampel cokolat dengan campuran 60% kismis dan 40% buah pala basah merupakan sampel yang paling diterima secara keseluruhan dengan nilai min skor sebanyak 5.48 ± 0.93. Analisis proksimat bagi sampel cokolat berinti campuran kismis dan buah pala menunjukkan ia mengandungi 8.13 ± 0.19% kandungan lembapan, 7.22 ± 0.07% protein, 24.75 ± 0.24% lemak, 4.40 ± 0.12% abu, 4.27 ± 0.09% serabut kasar, dan 51.23 ± 0.14% karbohidrat. Kajian turut dijalankan terhadap perubahan cokolat di sepanjang tempoh penyimpanan dari segi suhu dan tempoh penyimpanan. Kandungan lembapan, takat lebur dan kandungan asid lemak bebas bagi sampel cokolat yang disimpan pada suhu bilik (28 ± 3°C) dan suhu peti sejuk (10 ± 3°C) mengalami peningkatan sepanjang tempoh penyimpanan. Keputusan analisis ujian mutu simpanan telah menunjukkan bahawa sampel cokolat yang disimpan pada suhu peti sejuk (10 ± 3°C) adalah lebih stabil berbanding dengan sampel cokolat yang disimpan pada suhu bilik (28 ± 3°C).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chocolate product, Mixed raisins, Nutmeg
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Jun 2011 16:17
Last Modified: 19 Oct 2017 11:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3011

Actions (login required)

View Item View Item