Analisis makna hidangan pulut kuning dalam adat bebantang masyarakat Tidung, Pulau Sebatik, Sabah

Nor Adila Samuri and Norhuda Salleh (2019) Analisis makna hidangan pulut kuning dalam adat bebantang masyarakat Tidung, Pulau Sebatik, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4. pp. 96-110. ISSN 2504-8562 (E-ISSN)

[img] Text
Analisis makna hidangan pulut kuning dalam adat bebantang masyarakat Tidung, Pulau Sebatik, Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text
Analisis makna hidangan pulut kuning dalam adat bebantang masyarakat Tidung ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Adat bebantang merupakan salah satu pelaksanaan tingkat adat dalam perkahwinan etnik Tidung di Pulau Sebatik, Sabah. Adat ini secara amnya merujuk kepada pasangan yang disandingkan di atas tilam (pelamin) sambil rombongan tetamu akan makan beramai-ramai berdekatan dengan pasangan pengantin. Pada masa yang sama, pulut kuning akan dihidangkan kepada pasangan pengantin yang diraikan. Hal ini berlaku demikian kerana pulut kuning merupakan hidangan wajib dalam adat bebantang yang mana menitikberatkan lima aspek utama iaitu aspek warna, jenis acuan, jenis bahan dan hiasan serta bekas yang digunakan dalam proses penyediaan makanan tersebut. Objektif kajian ialah menganalisis makna pulut kuning dalam pelaksanaan adat bebantang dari sudut pandang komunikasi bukan lisan. Kajian menggunakan pendekatan etnografi dengan pengkaji turut serta dalam adat yang dilaksanakan. Data diperoleh melalui temu bual mendalam bersama informan utama, mak andam dan pengamal adat. Lokasi kajian terletak di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. Analisis data menjelaskan bahawa pulut kuning yang diterjemahkan menerusi bentuk, warna dan cara hidangan semasa pelaksanaan adat bebantang membawa makna kasih sayang, tanda keislaman, kebahagiaan dan kesuburan.

Item Type: Article
Keyword: Adat bebantang , Pulut kuning , Tidung , Pulau Sebatik
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 31 Jul 2021 23:38
Last Modified: 31 Jul 2021 23:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30188

Actions (login required)

View Item View Item