Ketahanan komuniti menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial semasa tempoh pendemik Covid-19

Jurry Foo and Colonius Atang and Jalihah Md. Shah and Kee Sabariah Kee Yusof and Harifah Mohd Noor and Intan Soliha Ibrahim and Marja Azlima Omar and Pauline Yong (2021) Ketahanan komuniti menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial semasa tempoh pendemik Covid-19. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 29-40. ISSN 0128-1755

[img] Text
Ketahanan komuniti menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial semasa tempoh pendemik Covid-19 FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (235kB)
[img] Text
Ketahanan komuniti menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial semasa tempoh pendemik Covid ABSTRAK.pdf

Download (57kB)

Abstract

Pengurusan sumber pertanian merupakan antara isu utama yang dihadapi di Malaysia dalam tempoh pendemik COVID-19 yang mula berlaku pada awal tahun 2020. Kajian awal dijalankan untuk mengkaji tingkahlaku ketahanan komuniti (community resilience) di kawasan pasca bencana alam menguruskan sumber pertanian dalam menghadapi bencana sosial akibat COVID-19. Kajian dilakukan di Kundasang kerana persoalan besar yang ingin dilihat dalam kajian ini ialah adakah komuniti di kawasan bencana alam mempelajari daripada pengalaman mereka menghadapi bencana alam dalam menangani ancaman bencana sosial. Ketahanan komuniti akan dikaji berdasar konsep ketahanan bencana (disaster resilience) kerana COVID-19 adalah bencana biologikal yang mengancam manusia melalui penularan wabak penyakit. Perbincangan dalam artikel ini akan menumpukan kepada penilaian awal terhadap keupayaan komuniti dalam memehuni empat kriteria ketahanan bencana, iaitu merangkumi sasaran konteks, gangguan, kapasiti untuk bertindak balas dan reaksi. Bagi mendapatkan maklumat awal untuk kajian eksploratori ini, kerja mengutip data dilakukan melalui pemerhatian di lapangan, temubual dengan beberapa pengusaha pertanian yang terlibat secara aktif menguruskan hasil pertanian semasa tempoh pandemic COVID-19 dan melalui sorotan kandungan maklumat dalam talian. Maklumat yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan gambaran awal tindak balas komuniti menghadapi bencana sosial. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti pengusaha pertanian di Kundasang mempunyai tahap ketahanan yang positif kerana dapat beradaptasi dengan bencana sosial berdasarkan kepada sasaran konteks, gangguan, kapasiti untuk bertindak balas dan reaksi.

Item Type: Article
Keyword: Ketahanan , Ketahanan bencana , Sumber pertanian , Bencana sosial , Pandemik COVID-19
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB5000-5030 Natural disasters
S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 11 Aug 2021 15:26
Last Modified: 11 Aug 2021 15:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30209

Actions (login required)

View Item View Item