Aplikasi gis dalam menentukan pengaruh bentuk muka bumi terhadap nilai harta tanah di Signal Hill, Kota Kinabalu, Sabah

Hanif Jaudin and Oliver Valentine Eboy (2019) Aplikasi gis dalam menentukan pengaruh bentuk muka bumi terhadap nilai harta tanah di Signal Hill, Kota Kinabalu, Sabah.

[img] Text
Aplikasi Gis Dalam Menentukan Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text
Aplikasi gis dalam menentukan pengaruh bentuk muka bumi terhadap nilai harta tanah di Signal Hill, Kota Kinabalu, Sabah-Abstract.pdf

Download (67kB)

Abstract

Harta tanah kediaman merupakan satu nadi pembangunan sebuah negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, situasi yang tidak mengizinkan akan mengundang kepada peningkatan nilai harta tanah kediaman. Akibatnya, permintaan terhadap harta tanah akan terjejas disebabkan nilai sewa yang mahal. Namun, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan bentuk muka bumi dengan nilai harta tanah di Signal Hill, Sabah. Pendekatan yang digunakan adalah berdasarkan konsep asas dan analisis berbentuk tiga dimensi bagi melihat hubungan di antara pengaruh bentuk muka bumi terhadap harta tanah secara terperinci. Hasilnya, nilai yang berbeza akan dapat dipaparkan mengikut tingkat ketinggian kawasan tanah tinggi di Signal Hill. Analisis ini juga telah membentuk pangkalan data yang dapat membuat hubungkait di antara bentuk muka bumi dan harta tanah. Kajian ini mendapati bahawa sememangnya faktor bentuk muka bumi mempengaruhi kadar nilai harta tanah di kawasan Signal Hill. Hal ini disebabkan kawasan Signal Hill terletak di kawasan tanah tinggi dan dipengaruhi oleh kadar pengaksesan (Ridge Conservation) melibatkan jenis tanah, jenis geologi, struktur tanah dan cerun, yang mempengaruhi nilainya. Diharapkan kajian ini dapat sedikit sebanyak membantu bukan sahaja kepada pihak akademik akan tetapi terhadap badan berkanun dan badan bukan berkanun dalam kajian akan datang.

Item Type: Proceedings
Keyword: Harta tanah kediaman , Pengaksesan , Ridge Conservation , Cerun
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure > HD1361-1395.5 Real estate business
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 15:29
Last Modified: 24 Aug 2021 17:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30243

Actions (login required)

View Item View Item