Aspek-aspek persembahan tarian rakyat, tarian istana dan tarian tradisional Surakarta, Indonesia

Sri Ningsih Sukirman (2019) Aspek-aspek persembahan tarian rakyat, tarian istana dan tarian tradisional Surakarta, Indonesia.

[img] Text
Aspek-aspek persembahan tarian rakyat, tarian istana dan tarian tradisional Surakarta, Indonesia-Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Aspek-Aspek Persembahan Tarian Rakyat, Tarian Istana Dan Tarian Tradisional.pdf
Restricted to Registered users only

Download (973kB) | Request a copy

Abstract

Istilah tarian rakyat, menurut Redfield (1956) perlu berdasarkan konsep ‘tradisi-besar’ dan ‘tradisi kecil’. Jenis tarian yang termasuk dalam kategori tradisi besar ialah tarian-tarian yang dipelihara dan dikembangkan dalam lingkungan istana (tarian istana), sedangkan tradisi kecil adalah tarian-tarian yang tersebar dalam kalangan rakyat (tarian rakyat). Bagi Redfield (1956), ciri-ciri persembahan tarian istana adalah lebih halus berbanding dengan tarian rakyat. Hal ini disebabkan tarian rakyat berasal daripada rakyat jelata yang darjatnya lebih rendah daripada pendukung tarian di istana. Tari tradisional merupakan jenis tarian yang ada sejak lama dan diwariskan secara turun-temurun, dari generasi satu ke generasi berikutnya. Menurut Yayat Nursantara (2007) secara umum tarian tradisional mengandungi nilai falsafah, simbolik dan kepercayaan.Tarian tradisional mempunyai lambang-lambang tertentu berdasarkan sejarah penciptaannya. Sebagai contoh, simbol pergerakan orang mencanting batik, cara orang membuat tenunan dan cara orang menanam padi di sawah. Tarian yang dicipta berdasarkan mencanting batik diberi tajuk tarian Batik; berdasarkan aktiviti menenun disebut tarian Tenun dan tarian yang melakukan aktiviti di sawah padi bertajuk Bondan Tani (Yayat Nursantara, 2007). Selain itu, tariantradisional juga mengandungi erti kepercayaan. Tarian ini mempunyai pergerakan yang berkait dengan upacara magik dan suci, untuk tujuan mendatangkan hujan, mengalahkan musuh, berburu binatang, kelahiran, perkahwinan, kematian dan sebagainya. Sebuah karya seni selalu bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada penonton atau penghayat, yang memiliki unsur-unsur kesopanan, idea, pemikiran, gagasan politik ataupun ajaran keagamaan. Pesanan yang ingin disampaikan ini tidak perlu mengandungi rumusan ilmiah, tetapi merupakan suatu pesanan yang bertujuan untuk mendidik, dan hal ini dapat mempengaruhi perilaku manusia. Dari satu segi, tarian adalah pengalaman hidup manusia yang melalui media utama adalah pergerakan tubuh badan manusia dan reaksinya terhadap alam sekitar. Tarian dapat dilihat sebagai bentuk seni persembahan. Jika tarian dilihat daripada segi persembahan, maka tarian mempunyai tujuan persembahan yang indah, hiburan, terapi dan projek dalam bidang artistik.

Item Type: Proceedings
Keyword: Tarian rakyat , Tarian istana , Tarian tradisional
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies)
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 15:31
Last Modified: 24 Aug 2021 17:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30244

Actions (login required)

View Item View Item