Impak penutupan perlombongan arang batu terhadap pembangunan sosioekonomi penduduk rumah panjang di Bukit Dinding, Mukah Sarawak

Andrew Siba Mattew and Ubong Imang (2019) Impak penutupan perlombongan arang batu terhadap pembangunan sosioekonomi penduduk rumah panjang di Bukit Dinding, Mukah Sarawak.

[img] Text
Impak penutupan perlombongan arang batu terhadap pembangunan sosioekonomi-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Impak Penutupan Perlombongan Arang Batu Terhadap Pembangunan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (314kB) | Request a copy

Abstract

Industri perlombongan arang batu memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Kajian terdahulu mendapati industri ini memberi faedah yang besar kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat secara langsung dan tidak langsung. Namun, sifat industri ini tidak kekal dalam tempoh jangka masa panjang kerana kewujudannya bergantung kepada kesediaan bekalan sumber. Justeru itu, persoalan yang timbul ialah, adakah penutupan industri ini turut memberi kesan kepada pembangunan sosioekonomi penduduk setempat. Artikel ini mengupas persoalan ini dengan menilai kesan penutupan perlombongan arang batu kepada pembangunan sosioekonomi penduduk setempat. Untuk tujuan perbincangan, Bukit Dinding, daerah Mukah diambil sebagai kawasan kajian. Kajian ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual informal. Kajian ini juga menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada jabatan kerajaan dan kajian perpustakaan terutamanya untuk mendapatkan pemahaman tentang latar belakang perlombongan arang batu di Sarawak. Hasil kajian mendapati kesan akibat penutupan perlombongan arang batu ialah peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, ketidakbergantungan terhadap pekerjaan sampingan, perkembangan jaringan pengangkutan dan pembangunan jenis guna tanah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Impak , Penutupan perlombongan arang batu , Sosioekonomi komuniti
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > TN1-997 Mining engineering. Metallurgy > TN799.5-948 Nonmetallic minerals
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 17:57
Last Modified: 24 Aug 2021 17:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30294

Actions (login required)

View Item View Item