Isu dan cabaran pelancongan kembara (backpacker tourism) dan masa depannya di Malaysia

Johan Johnes and Jabil Mapjabil and Mohamad Pirdaus Yusoh and Arnold Samih and Ruzanna Syamimi Ramli and Mohd Jirey Kumalah and Jemmy Amanda Sipatau and Najwa Musain Musli @ Thomas (2019) Isu dan cabaran pelancongan kembara (backpacker tourism) dan masa depannya di Malaysia.

[img] Text
Isu dan cabaran pelancongan kembara (backpacker tourism) dan masa depannya di Malaysia-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Isu dan Cabaran Pelancongan Kembara (Backpacker Tourism).pdf
Restricted to Registered users only

Download (351kB) | Request a copy

Abstract

Pelancongan kembara (backpacker tourism) merupakan suatu bentuk pelancongan alternatif yang memiliki ciri-ciri unik dari segi penglibatan individu serta jenis aktiviti yang dilakukan oleh pelancong berkenaan. Antara destinasi kunjungan pelancong kembara (backpackers) yang popular di dunia adalah di benua Eropah dan rantau Asia Tenggara. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berlaku dalam konteks pelancongan kembara serta meneliti masa depan pelancongan kembara di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah sorotan literatur berdasarkan data sekunder daripada sumber kepustakaan berkenaan pembangunan pelancongan kembara. Antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelancongan kembara adalah isu dalam pembangunan sosiobudaya, ancaman terhadap kerosakan alam sekitar, lebihan daya tampung alam sekitar, gangguan terhadap habitat flora dan fauna, cabaran untuk mengekalkan keaslian dalam pelancongan kembara dan kecenderungan kerajaan sesebuah negara untuk lebih mempromosikan sektor pelancongan secara massa. Seterusnya, kertas kerja ini turut merungkai berkenaan masa depan Malaysia yang kaya dengan keunikan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya yang amat berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan kembara kedua-dua bagi wilayah Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tuntasnya, penulisan dalam kertas kerja ini secara tidak langsung akan memberi pemahaman yang lebih baik berkenaan masa depan pelancongan kembara di Malaysia.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pelancongan kembara , backpacker tourism , Pelancong kembara , backpackers , Isu, cabaran , Masa depan , Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 19:06
Last Modified: 24 Aug 2021 19:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30298

Actions (login required)

View Item View Item