Kajian faktor lokasi sebagai penentuan nilai harta tanah kediaman

Nur Izzah Nabilah Haron and Oliver Valentine Eboy (2019) Kajian faktor lokasi sebagai penentuan nilai harta tanah kediaman.

[img] Text
Kajian faktor lokasi sebagai penentuan nilai harta tanah kediaman-Abstract.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Kajian Faktor Lokasi Sebagai Penentuan Nilai Harta Tanah Kediaman.pdf
Restricted to Registered users only

Download (208kB) | Request a copy

Abstract

Nilai harta tanah kediaman pada masa kini kian meningkat saban tahun. Peningkatan tersebut adalah di sebabkan oleh pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, sebelum sesebuah kediaman tersebut dinyatakan harga ia perlulah melalui fasa penentuan nilai. Maka, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti faktor lokasi yang mempengaruhi nilai harta tanah kediaman berdasarkan teori dan kajian lepas dengan menggunakan kaedah statistik ruangan melalui analisis regresi. Walaupun hampir di setiap negeri mahupun negara mengalami isu yang sama iaitu peningkatan nilai harta tanah kediaman, namun faktor utama yang menjadi penentu kepada nilai harta tanah kediaman tersebut adalah berbeza-berbeza dan data yang diperolehi akan menjadi lebih tepat dengan menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Di Malaysia, kajian lanjutan mengenai faktor lokasi yang menjadi penentu kepada nilai harta tanah menggunakan kaedah statistik ruangan perlu dilakukan bagi memperolehi dapatan yang lebih baik berbanding dengan kaedah manual selain kajian tersebut juga masih terhad. Oleh hal yang demikian, faktor lokasi sesebuah kediaman dikatakan sangat mempengaruhi nilai harta tanah yang semakin meningkat pada masa kini.

Item Type: Proceedings
Keyword: Nilai harta tanah , Kediaman , GIS , Statistik ruangan , Analisis regresi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure > HD1361-1395.5 Real estate business
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 19:16
Last Modified: 24 Aug 2021 19:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30302

Actions (login required)

View Item View Item